Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini dicabar berundur daripada jawatan itu memandangkan sehingga kini parti itu yang mempunyai kerusi paling banyak berbanding parti pembangkang lain, masih gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam mana-mana pilihan raya umum (PRU).
Cabaran itu dibuat anggota Dewan Negara yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang mahu Lim mengundur diri dan digantikan dengan individu lebih berkelayakan.
"Saya cabar Lim Kit Siang letak jawatan (berundur) dan beri pada pemimpin DAP lain seperti (anggota Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.
"Lim Kit Siang ini dah beberapa kali cuba kalahkan BN dalam PRU, tapi sampai PRU-13 masih gagal. Pemimpin yang gagal selalunya akan ditukar, tapi tidak dengan Lim Kit Siang, dia masih lagi jadi pemimpin DAP sampai kini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Khairul Azwan seterusnya mempersoalkan mengapa Lim tidak dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan sedangkan parti tersebut mempunyai kerusi paling banyak berbanding pembangkang yang lain.
Lim juga digesa supaya menerima cabaran bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk berdebat mengenai individu yang paling layak menjadi pengerusi Pakatan Harapan.
Terdahulu, dalam ucapan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, beliau berkata kerajaan antaranya perlu fokus terhadap golongan pengundi berusia 21 hingga 30 tahun dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) agar golongan ini terlibat dalam pembuatan dasar dan keputusan agenda pembangunan negara.
"Mengikut data SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) golongan pengundi berusia 21 hingga 30 tahun ini (pengundi kali pertama) merangkumi 14 peratus sekarang berbanding sembilan peratus pada PRU ke-13, jadi kerajaan perlu berdepan dengan mereka, mendengar kehendak mereka, apa aspirasi mereka agar mereka turut terlibat dalam pembuatan dasar dan keputusan dalam pembangunan negara," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Khairul Azwan mempersoalkan mengapa Lim Kit Siang tidak dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan sedangkan parti tersebut mempunyai kerusi paling banyak berbanding pembangkang yang lain.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.