Ketua Menteri Lim Guan Eng harus memohon maaf kerana mencetuskan perbalahan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung dengan tema Hari Kebangsaan 2015, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Beliau berkata Lim telah memperdayakan orang ramai untuk mempercayai bahawa tema sambutan ialah "Bersih, Cekap, Amanah" sedangkan apa sebenarnya yang diumumkannya sebelum ini ialah "Bersih".
"Beliau cuba menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan Persekutuan yang bermain politik sedangkan sebenarnya beliau yang berbuat demikian.
"Sebuah akhbar vernakular menyebut tarikh yang diumumkan oleh ketua menteri mengenai 'Bersih' sebagai tema. Jadi, ia tidak keterlaluan untuk meminta supaya beliau memohon maaf. Beliau harus menjadi seorang pemimpin seperti negarawan dan bukan pemimpin penjaja jalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Teng mengalu-alukan langkah kerajaan negeri yang hari ini memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama seperti kerajaan Persekutuan iaitu 'Sehati Sejiwa".
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata semua masalah ini tidak akan timbul jika kerajaan negeri menggunakan tema yang dipersetujui di peringkat persekutuan iaitu "Sehati Sejiwa".
Beliau berkata keputusan awal kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menggunakan tema "Bersih" bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri adalah berniat jahat dan berbaur politik murahan.
"Sejak 2010, setiap tahun kerajaan negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap tidak mahu sehaluan dan bersama kerajaan persekutuan dalam menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara dengan memilih untuk menggunakan tema yang berbeza dengan tema sambutan yang dipersetujui di peringkat persekutuan.
"Perubahan kepada tema "Bersih, Cekap dan Amanah" dibuat hanya setelah tema awal kerajaan negeri dikritik hebat oleh beberapa pihak," katanya dalam kenyataan.
Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menumpukan perhatian dalam memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat dan bukannya sentiasa berpolitik mengapi-apikan perbalahan dengan kerajaan persekutuan yang akan merugikan rakyat Pulau Pinang.
Bernama
Mon Aug 24 2015

Chang Yeow: Lim telah memperdayakan orang ramai untuk mempercayai bahawa tema sambutan ialah "Bersih, Cekap, Amanah" sedangkan apa sebenarnya yang diumumkannya sebelum ini ialah "Bersih". - Gambar Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.