KLANG: Kegiatan curi 2,202 kotak berisi lilin sawit (palm wax) bernilai RM80,000 yang disimpan di dalam dua kontena di kawasan perindustrian Pandamaran, di sini terbongkar susulan penahanan tiga individu, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu disedari pegawai operasi yang bertugas di kawasan perindustrian terbabit kira-kira 11.30 pagi, Isnin lalu.
Menurutnya, siasatan mendapati 2,202 kotak berisi bahan palm wax yang diguna untuk produk kosmetik dan kecantikan itu telah dicuri.
"Hasil siasatan mendapati barangan yang hilang telah disimpan di dalam kontena pada 8 Oktober sementara menunggu penghantaran ke luar negara pada 18 Oktober dan semakan rekod di pintu masuk mendapati tiada sebarang pergerakan keluar daripada tempoh kemasukan barangan itu.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang pekerja daripada syarikat tersebut telah masuk dalam keadaan mencurigakan sebelum merosakkan rakaman CCTV di kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah memberkas tiga suspek warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.
Katanya, kesemua suspek ditahan di kawasan Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, di sini.
"Polis turut berjaya merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.
Siasatan mendapati dua suspek iaitu pasangan kekasih adalah pekerja syarikat terbabit manakala seorang lagi adalah bekas pekerja," ujarnya.
Tambahnya, semakan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 36 tahun mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.
"Ketiga-tiga suspek kini direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan," tegasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 23 2022
Kontena berisi muatan palm wax yang berjaya dilarikan suspek sebelum diberkas di Klang, Rabu lalu. - Foto Sinar Harian
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Lilin sawit bernilai RM80,000 lesap dicuri pekerja
Siasatan mendapati 2,202 kotak berisi bahan palm wax yang diguna untuk produk kosmetik dan kecantikan itu telah dicuri.