Jadual peperiksaan bukan sahaja dianjakkan malah pelajar terpaksa menjalani normal baharu, dengan mengadaptasikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta menduduki peperiksaan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Mengimbas kembali, inilah cabaran yang dilalui mereka sebelum mendapat keputusan pada hari ini.
- Pada 18 Mac 2021, semua jenis sekolah diarahkan tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
- Persekolahan kemudian beralih kepada PdPR, sebelum sekolah dibuka semula Julai 2020.
- Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan 24 Jun 2020 sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan calon SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Tarikh peperiksaan SPM, SVM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditangguhkan kepada 22 Februari 2021.
- Pindaaan tarikh itu membabitkan 400,445 calon SPM.
- Ekoran peningkatan kes secara mendadak dan pelaksanaan semula PKP, sekolah ditutup semula pada 9 November 2020 hingga hari terakhir persekolahan tahun 2020.
- KPM mengumumkan pelajar yang akan menduduki SPM bagi tahun 2020 dan 2021 dibenarkan mengikuti pembelajaran secara bersemuka di sekolah bermula pada 20 Januari 2021.
- Bukan semua calon SPM mempunyai sokongan yang kukuh seperti kemudahan jalur lebar untuk menjalani proses pembelajaran secara dalam talian.
- Hasil kaji selidik KPM pada 2020 membabitkan hampir 900,000 pelajar menunjukkan sebilangan atau 37 peratus tidak mempunyai peranti.