SANDAKAN: Prosedur pengeluaran dokumen perjalanan di peringkat kedutaan negara asal pendatang yang mengambil masa yang lama, menjadi punca kelewatan pengusiran mereka di Sabah, walaupun sempadan negara terbabit telahpun dibuka tahun ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kebanyakan pendatang yang telah menunggu lama, merupakan mereka yang ditahan di depoh tahanan pada 2020 lagi iaitu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
"Terdapat 15,166 warga asing yang sedang ditahan di depoh tahanan Imigresen di seluruh negara dan daripada jumlah ini, seramai 7,200 ditahan di depoh di Sabah sahaja, yang mana kira-kira 6,000 adalah warga Filipina.
"Pengusiran kini akan terus dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ada sekarang, iaitu (pengusiran pendatang) warga Filipina melalui pelabuhan di Sandakan ke Zamboanga dan (pendatang) warga Indonesia melalui pelabuhan di Tawau ke Nunukan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses pengusiran pendatang Filipina di sini semalam.
Khairul Dzaimee turut mengakui, kesesakan dialami di semua empat depoh tahanan Imigresen di Sabah iaitu di Tawau, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu, sehingga pernah mencecah 8,000 tahanan daripada kapasiti keseluruhan iaitu 7,200 sepanjang pandemik itu melanda.
Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan depoh berkenaan dilaksanakan dengan baik.
"Pihak Kementerian Dalam Negeri sebenarnya telahpun meluluskan pembaikan segera untuk keempat-empat depoh tahanan ini, di mana jumlah wang (peruntukan) sebanyak RM500,000 untuk setiap satu depoh akan diberikan.
"Pembaikan akan memberi fokus kepada membaiki longkang yang tersumbat, membaiki sambungan elektrik yang mengalami kerosakan dan juga menampal bumbung yang bocor," katanya.
Pengusiran malam tadi melibatkan seramai 750 pendatang Filipina terdiri daripada 638 lelaki, 81 wanita, 30 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan seorang bayi berumur 23 bulan.
Khairul Dzaimee berkata dalam tempoh dua minggu lagi, seramai 500 lagi pendatang Filipina akan diusir melalui pelabuhan yang sama.
Beliau turut memberitahu seramai 22,448 pendatang telah diusir pada tahun ini, melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand, Bangladesh dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022

Khairul Dzaimee (kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang pendatang asing sewaktu mengetuai operasi pengusiran warganegara Filipina di Pelabuhan Sandakan semalam. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.