PUTRAJAYA: Tindakan undang-undang yang diambil seorang peguam bagi mencabar pengenaan levi pelepasan terhadap rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara berakhir hari ini setelah gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan R. Kengadharan untuk kebenaran meneruskan rayuannya.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Nallini berkata undang-undang mengenai pengenaan levi pelepasan adalah sah.
Beliau berkata Akta Levi Perlepasan 2019 tidak menjejaskan hak seseorang untuk ke luar negara, sambil menambah bahawa akta itu hanya mengenakan cukai levi kepada seseorang yang ke luar negara.
"Keupayaan untuk keluar dari sesebuah negara bukan satu isu. Jadi Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak untuk hidup dan kebebasan peribadi tidak terlibat," katanya sambil menambah Kengadharan tidak boleh diberi kebenaran untuk merayu kerana gagal memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96 (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Nallini berkata kes Kengadharan bukanlah kes yang sesuai untuk dikaji semula dan mencabar pihak berkuasa undang-undang dalam kes kerajaan Malaysia melawan Loh Wai Kong.
Dalam kes itu 1979 itu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Loh untuk pengisytiharan bahawa warganegara Malaysia mempunyai hak asasi di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk ke luar negara.
Dalam saman pemulanya yang menamakan Menteri Kewangan dan kerajaan sebagai defendan, Kengadharan berkata Akta Levi Pelepasan dan Perintah Levi Pelepasan 2019 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana akta itu melanggar hak asasinya untuk melakukan perjalanan.
Dalam afidavitnya untuk menyokong saman itu, beliau berkata sebarang bentuk cukai yang dikuatkuasakan, termasuk terhadap sesiapa yang ingin melakukan upacara keagamaan atau menunaikan haji, adalah melanggar hak kebebasan asasi.
Kengadharan juga berkata pengenaan cukai pelepasan, sebagai tambahan kepada perkhidmatan sedia ada dan cukai lapangan terbang, akan membebankan dan tidak wajar.
Kengadharan juga berkata sebarang pengenaan cukai berlepas, sebagai tambahan kepada perkhidmatan sedia ada dan cukai lapangan terbang, akan membebankan dan tidak wajar.
Dalam permohonan kebenaran merayunya, Kengadharan memohon mahkamah memutuskan beberapa persoalan undang-undang, antara lain berkaitan isu kebebasan peribadi di bawah Perkara 5 Perlembagaan.
Berikutan keputusan hari ini, undang-undang yang mengenakan levi berlepas ke atas individu yang ke luar negara, yang telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kekal.
Peguam A. Srimurugan dan Dr Shamsher Singh Thind mewakili Kengadharan manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Menteri Kewangan dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
![Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan R. Kengadharan untuk kebenaran meneruskan rayuannya. - Gambar fail/BERNAMA
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan
Hakim Nalini Nallini berkata undang-undang mengenai pengenaan levi pelepasan adalah sah.
![Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat
Panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian dimaklumkan bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
![Mohamaddin yakin Malaysia mampu capai pertumbuhan mapan industri pelancongan Mohamaddin yakin Malaysia mampu capai pertumbuhan mapan industri pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555920288_MohamaddinKetapi.jpg)
Mohamaddin yakin Malaysia mampu capai pertumbuhan mapan industri pelancongan
Selepas setahun di bawah pentadbiran PH, Menteri MOTAC optimis Malaysia mampu terus lakar lagi pencapaian untuk tarik lebih ramai pelancong.
![Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan - Lim Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551937095_LIMGUANENG.jpg)
Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan - Lim
Sebaliknya, ia akan menumpukan untuk menempatkan infrastruktur yang betul dan membuat keputusan muktamad mengenai kadar cukai itu, katanya.