PUTRAJAYA: Prosiding rayuan peguam untuk mencabar pengenaan levi pelepasan ke atas rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan hari ini kerana peguam kanan persekutuan yang mengendalikan kes itu tidak sihat.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili R. Kengadharan memaklumkan panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
"Saya memohon penangguhan (rayuan) bagi pihaknya (Suzana)," kata Sri Ram yang memohon supaya kes itu dibawa untuk pengurusan kes hari ini.
Semasa ditanya Hakim Yaacob Md Sam yang mengetuai panel itu, Peguam Persekutuan V. Krishna Priya mengesahkan Suzana, yang merupakan peguam utama tidak sihat. Krisha dan Suzana mewakili Menteri Kewangan dan Kerajaan.
"Kami menghantar kes ini untuk pengurusan kes bagi penetapan tarikh perbicaraan baharu. Kami akan mengarahkan tarikh perbicaraan lebih awal ditetapkan untuk kes ini," kata hakim itu yang bersidang bersama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk M. Gunalan.
Ketika dihubungi Bernama, peguam A. Srimurugan yang membantu Sri Ram dalam rayuan itu berkata, prosiding rayuan itu telah ditetapkan pada 4 Jan tahun depan setelah pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Radzilawatee Abdul Rahman hari ini.
Beliau berkata rayuan itu akan melibatkan isu penting mengenai sama ada seorang warganegara Malaysia mempunyai hak untuk ke luar negara dan mereka akan meneliti semula kes Loh Wai Kong berdasarkan perkembangan terkini beberapa undang-undang kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada 27 Februari 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman difailkan Kengadharan terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan setelah memutuskan bahawa mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Loh Wai Kong, apabila memutuskan hak untuk melakukan perjalanan ke luar negara bukan merupakan hak mutlak
Kengadharan, dalam saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi pada Ogos 2019, berkata Akta Levi Pelepasan 2018 dan Perintah Levi Pelepasan 2019 adalah melanggar hak asasi untuk melakukan perjalanan ke luar negara.
Beliau memohon deklarasi bahawa perintah itu melanggar Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Dalam afidavitnya untuk menyokong saman itu, Kengadharan berkata sebarang bentuk cukai yang dikuatkuasakan, termasuk terhadap sesiapa yang ingin melakukan upacara keagamaan atau menunaikan haji, adalah melanggar hak kebebasan asasi.
Kengadharan juga berkata pengenaan cukai pelepasan, sebagai tambahan kepada perkhidmatan sedia ada dan cukai lapangan terbang, akan membebankan dan tidak wajar.
Pada 2 Ogos 2019, Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng berkata pengembara yang keluar negara perlu membayar antara RM8 dan RM150 sebagai levi berlepas mulai 1 Sept 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

Panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian dimaklumkan bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. - Gamnbar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Rayuan SRC: Hidup saya, kebebasan, dan hak untuk perbicaraan yang adil jadi taruhan - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan bantahan keras terhadap perjalanan prosiding rayuan kes SRC International Sdn Bhd.

Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat
Panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian dimaklumkan bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Najib mempunyai kepercayaan wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi.

Mahkamah Rayuan tangguh prosiding rayuan Musa Aman, 32 ADUN Sabah esok
Prosiding disambung Selasa (8 September) pada pukul 12 tengah hari.