IPOH: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, susulan insiden letupan mesin dandang sebuah kilang di Temoh.
Pengarah JKKP Perak, Zamzurin Maarof, mengulas tentang insiden yang menyebabkan tiga mangsa cedera itu, berkata pihaknya memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.
Menurutnya, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
Katanya, majikan juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.
“Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kemalangan kira-kira jam 10.40 pagi semalam, tiga pekerja sebuah kilang memproses batu kuari melecur di bahagian tangan dan muka.
Susulan itu, Zamzurin bersama sepasukan pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut pada petang Isnin.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati dandang jenis ‘thermal oil heater’ yang sedang dalam proses start-up untuk beroperasi telah meletup dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian pintu dan sebahagian daripada komponen relau berkenaan.
“Letupan telah menyebabkan ‘burner’ tercabut dari kedudukan ia dipasang,” ujarnya.
Susulan dari siasatan awal yang dijalankan, kata Zamzurin, pihaknya telah mengarahkan aktiviti penyelenggaraan dihentikan serta-merta sehingga siasatan lanjut dijalankan dan cadangan tindakan penambahbaikan dilakukan oleh majikan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 18 2021
![Letupan mesin dandang: Tindakan undang-undang diambil jika aspek keselamatan diabaikan Letupan mesin dandang: Tindakan undang-undang diambil jika aspek keselamatan diabaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621321787_mesindandang.jpg)
Pengarah JKKP Perak, Zamzurin Maarof membuat pemeriksaan mesin dandang yang meletup. - Foto: JKKP Perak
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723756131_AbangJohari.jpg)
Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN
Anugerah itu diberikan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi ASEAN sebagai menghargai kepimpinan Premier Sarawak.
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723694795_KemalanganMaut.jpg)
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723183143_RussiasLipetskreg.jpg)
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
![Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722659801_tbpekerjakapalmaut.jpg)
Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu.
![4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria 4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722565727_NigeriaProtests.jpg)
4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria
Letupan itu berlaku di Maiduguri, bandar utama Borno semasa protes yang tercetus di seluruh negara.
![15 cedera akibat letupan di loji kimia BASF di Jerman 15 cedera akibat letupan di loji kimia BASF di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722321325_explosion.jpg)
15 cedera akibat letupan di loji kimia BASF di Jerman
Letupan dipercayai berlaku di bahagian selatan loji dan pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran.
![Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41562154164_YalaThailand.jpg)
Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.
![Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717573925_TBpencurikereta.jpg)
Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas
Lelaki yang disyaki melarikan kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu pada Isnin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis dan tertidur sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
![3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China 3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711866301_TBEXPLOSION.jpg)
3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China
Tiga orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam letupan sebuah garaj di Wilayah Jiangxi timur China.
![9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India 9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715309975_explosion.jpg)
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
![Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715083045_bungaapi.jpg)
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
![Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715080478_Narathiwatbom.jpg)
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.