KOTA KINABALU:Satu letupan dan gegaran yang berlaku kira-kira 10 saat pada 11 pagi semalam di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang, Beaufort serta di Labuan dan Brunei kekal menjadi misteri.
Bernama melaporkan bahawa terdapat tiga punca kemungkinan insiden itu berlaku yang kini sudah boleh diketepikan.
Pertama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor menafikan bahawa pihaknya melaksanakan sebarang aktiviti pelupusan atau peletupan bom di kawasan terbabit sekali gus menyangkal khabar angin bahawa insiden itu adalah berpunca daripada tindakan meletupkan sebutir bom Perang Dunia Kedua yang ditemukan di sebuah kampung di Simpang 11, Labuan pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak juga dilaporkan berkata bahawa bom itu telah diletupkan pada 30 Januari.
Kedua, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjelaskan bahawa letupan serta gegaran itu bukan berpunca daripada sebarang operasi syarikat itu di Sabah dan tinjauan di Sipitang dan kawasan sekitarnya termasuk projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) mendapati ia masih utuh.
Ketiga, Pusat Seismik Kebangsaan Brunei (BNSC) mengeluarkan kenyataan bahawa berlaku aktiviti seismik sederhana pada 11.03 pagi dan ia jelas bukan disebabkan gempa bumi atau gegaran yang bersifat semula jadi di Brunei dan negara sekitarnya sekali gus mengetepikan gempa bumi sebagai punca insiden itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga tidak mengeluarkan sebarang amaran gempa bumi berhampiran kawasan terbabit.
Meskipun puncanya masih menjadi misteri, letupan dan gegaran itu telah menimbulkan kebimbangan serta situasi panik dalam kalangan rakyat kerana berdasarkan temu bual yang dilakukan Bernama, bunyinya tidak seperti gempa bumi, petir atau apa sahaja yang pernah didengari sebelum ini.
Insiden itu turut menyebabkan beberapa rumah di kawasan terbabit bergegar dan pihak berkuasa termasuk polis sedang menyiasat puncanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 31 2021

Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik berkenaan bunyi letupan dan gegaran selama beberapa saat kira-kira jam 11 pagi pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.

Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.

Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.