Tiga lelaki maut manakala tujuh yang lain kritikal dalam insiden runtuhan bangunan disebabkan letupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching petang tadi.
Letupan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 25 yang lain.
Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii berkata dua daripada mangsa cedera itu masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan, lapor Bernama.
“Kesemua mangsa lain yang cedera telah dikejarkan ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata Ling Hii.
Beliau berkata runtuhan bangunan itu berpunca daripada letupan gas dipercayai dari salah sebuah kedai makan di pusat beli belah itu.
Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai dapur sebuah premis di medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.
Identiti kesemua mangsa yang maut walau bagaimanapun belum dapat dipastikan.
Sementara itu, CityONE Megamall dalam posting terbaharu di Facebook rasminya memaklumkan pusat beli belah itu ditutup serta-merta kepada pengunjung hingga diberitahu kelak.
Kru Astro AWANI di Kuching sedang memantau perkembangan terbaharu insiden berkenaan.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Astro Awani
Tue Dec 04 2018
Situasi di lokasi letupan di CityONE Megamall. -Gambar Astro AWANI
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
16 dirawat di hospital selepas kebakaran roda Ferris di Leipzig
Enam belas orang yang cedera selepas sebuah roda Ferris terbakar di sebuah festival di Leipzig telah menerima rawatan di hospital.
Suspek serang dua wanita di surau di Kelana Jaya dituduh Isnin ini - Polis
Seorang lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama di Kelana Jaya akan dituduh Isnin.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.