Persoalan 'angkara siapa' dilihat paling penting dan harus disiasat pihak berkenaan dari insiden pengeboman di Bukit Bintang.
Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, siasatan harus memberi jawapan adakah ia dilakukan kumpulan sindiket, aktiviti jenayah kumpulan tidak berkait sindiket atau dilakukan kumpulan radikal.
"Kami risau apa berlaku di Bukit Bintang. Polis diharap dapat siasat dan kenal pasti orang yang terlibat atau kumpulan terlibat dalam insiden ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sundramoorthy mengulas insiden bom yang mengakibatkan seramai 14 orang cedera di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi Khamis.
Dalam pada itu katanya, pelaksanaan Ops Cantas dilihat memberi banyak kebaikan selain meminta polis meneruskannya demi memastikan imej negara tidak tercalar.
"Kita mahu polis lihat situasi ini, apakah ia sebab isu peribadi atau isu pertandingan sindiket dengan sindiket lain atau radikal. Polis kena kenal pasti dahulu, kemudian fahami mengapa kumpulan ini memilih tempat tersebut," ujarnya.
Tegasnya, seandainya ia dilakukan kumpulan radikal, kesan negatif pasti dihadapi negara kerana lokasi Bukit Bintang itu sendiri sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menafikan kejadian letupan bom itu mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS), sebaliknya kejadian itu berpunca daripada aktiviti kumpulan gengster.
Tajuddin turut memberitahu, ia dipercayai berpunca perebutan kawasan perniagaan antara kumpulan kongsi gelap.
Seorang joki kereta turut maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom 'molotov cocktail' itu.
GALERI FOTO: INSIDEN LETUPAN BOM DI BUKIT BINTANG
Ia turut dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan berdekatan namun hanya satu yang meletup.
Bom kedua tersebut berjaya diletupkan Unit Pemusnah Bom Polis pada jam 12.30 tengah hari.
Mengulas isu sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang.
Astro Awani
Thu Oct 09 2014
![Letupan bom di Bukit Bintang: Kongsi gelap bergaduh atau serangan kumpulan radikal? Letupan bom di Bukit Bintang: Kongsi gelap bergaduh atau serangan kumpulan radikal?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/81412848355_295x200.jpg)
Letupan bom di Bukit Bintang: Kongsi gelap bergaduh atau serangan kumpulan radikal? - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713317469_LohongHitamjpg.jpg)
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
![Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655561086_adibahnoor.jpg)
Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
Siapa sangka di sebalik keceriaan yang sering ditampilkan di hadapan khalayak, Allahyarham sebenarnya menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
![Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629901288_TanSriZamroseMohd.jpg)
Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![Pelakon Aamir Khan positif COVID-19 Pelakon Aamir Khan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616575613_AmirKhanInstagram.jpg)
Pelakon Aamir Khan positif COVID-19
Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.
![Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612158534_agong.jpg)
Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.
![Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603531957_ArnoldSchwarzenegge.jpg)
Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
![Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597627963_SriTengkuMaimunTu.jpg)
Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
![Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41556793110_TengkuMaimun.jpg)
Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang
Terdapat dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
![Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51530197690_Sardin.jpg)
Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual
Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang diarah tarik balik, masih dijual di pasaran.
![370 terima pingat sempena Hari Wilayah 370 terima pingat sempena Hari Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517410385_TanSriSamsudinOthman.jpg)
370 terima pingat sempena Hari Wilayah
22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.