TIDAK keterlaluan jika dikatakan, Allahyarham Adibah Noor merupakan antara penghibur yang dikenali segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Bakat luar biasanya yang dipersembahkan menerusi bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan dan penulisan, pasti menyentuh hati banyak pihak.
Suaranya boleh didengari di mana sahaja, wajahnya menghiasi paparan billboard dan iklan di televisyen.
Siapa sangka di sebalik keceriaan yang sering ditampilkan di hadapan khalayak, Allahyarham sebenarnya menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
Mengenang Allahyarham, Astro AWANI kongsikan beberapa perkara tentang artis serba boleh ini yang pastinya akan dirindui ramai.
1. Adibah merupakan graduan bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Difahamkan, sebelum menjadi artis, beliau pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
2. Kerjayanya dalam bidang seni bermula selepas menjuarai Suara 90an Nescafe 1994, menewaskan lebih 3,000 peserta dari seluruh negara.
3. Kemuncak kerjayanya apabila single 'Terlalu Istimewa' nukilan beliau sendiri bersama Azlan Abu Hassan, menerima sambutan hebat pendengar pada 2005.
4. Lagu tersebut, yang diinspirasikan dari kisah menyayat hati mangsa rogol dan bunuh, Nurul Huda Abdul Ghani, 10, juga diangkat sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 21.
5. Antara peranan paling diingati yang pernah dipegang Allahyarham ialah watak sebagai Kak Yam dalam filem 'Sepet'.
6. Adibah Noor seorang legenda? Dalam satu temuramah dengan sebuah media tidak lama dahulu, Allahyarham menolak untuk digelar legenda.
"Ramai yang lebih layak. Saya? Saya hanya seorang penghibur biasa yang berasa gembira setiap kali dapat menghiburkan orang ramai."
BACA: Adibah Noor meninggal dunia
Astro Awani
Sat Jun 18 2022

Allahyarham merupakan antara penghibur yang dikenali segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

'Arwah nampak macam diva, tapi dia sangat baik' - Kru kenang memori bersama Adibah Noor
Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat setia pada watak yang diberikan kepadanya.

"Semoga terus menginspirasi kita semua" - Ini 7 kebaikan Adibah Noor dikongsi Fadzilah Kamsah
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.

Adibah Noor dari kaca mata Hetty Koes Endang
Perkara yang akan sentiasa diingat Hetty mengenai Adibah Noor ialah penyanyi itu seorang yang ceria dan humor.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Bapa sifatkan Adibah Noor sebagai anak yang taat
Adibah Noor juga disifatkan sebagai seorang anak yang tidak kedekut dan pemurah.

Hasrat Adibah Noor terbit album jazz tidak kesampaian - Mokhzani
Mokhzani berkata, beliau bersetuju untuk menerbitkan album dengan lima buah lagu kerana sudah agak lama genre jazz Big Band tidak dikeluarkan.

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Adibah Noor tak pernah mengadu tentang diri, sentiasa 'okay' - Hans Isaac
Malah, ujar Hans, Adibah begitu jarang bercakap mengenai perihal dirinya.

Kenalan artis hadir, beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor
Antara yang terawal tiba ialah penyanyi terkenal Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain