Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tan Sri Samsudin Osman mengetuai senarai 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Bekas Ketua Setiausaha Negara yang juga bekas Presiden Perbadanan Putrajaya itu dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Sejumlah 22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Puan Seri Rohani Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zuki Ali.
Selain itu, penerima Darjah SMW termasuk Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Datuk Ahmad Husni Hussain, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri Datuk Wira Iskandar Mohd Kaus dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan Projek Awam (PPEU), Datuk Nazirruddin Abd Rahman.
Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Datuk Dr Chai Kee Kan, Bekas exco kerajaan negeri Selangor Datuk Ch'ng Toh Eng, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd Datuk Seri Abdul Jalil Abdul Hamid.
Penerima SMW juga termasuk Pengarah Urusan Rotol Group of Companies Datuk Chua Kah Seng, Pengarah Urusan Maxim Holdings Sdn Bhd Datuk Gan Seong Liam, Datuk Lim Ah Nge daripada Malaysia Lim Chamber of Commerce, Datuk Rahim Ismail daripada Repsol Oil and Gas Malaysia Limited, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, Pengerusi Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look dan Pengarah Urusan Platinum Victory Development Sdn Bhd Gan Yu Chai.
Setiausaha Bahagian Sosio Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan, Muhammad Azmi Mohd Zain merupakan antara 69 individu menerima anugerah PMW yang membawa gelaran Datuk.
Turut menerima anugerah sama ialah Timbalan Ketua Pengarah II (Analisa) Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Khairul Shahril Idrus; Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan Mohd Rafi Alli Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Azizah Nawawi dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Dr Mohamad Roff Mohd Noor.
Imam Masjid Jamek Kampung Bharu Dr Mohammad Idris Mohammad Ismail Almashrafe; Pendakwah Bebas Norhafizah Musa dan Sohrab Nasodari Nariman daripada Persatuan Kebajikan Intelek Kuala Lumpur dan Selangor serta Konduktor dan Vocal Master Permata Seni Koir Syafinaz Selamat turut menerima darjah kebesaran PMW.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Salmah Pin, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan Abdul Rahman Lamudian dan Ketua Bahagian Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Labuan Ronald James Majaing pula antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenaraikan enam individu lain, antaranya Gurjeet Singh Chanan Singh daripada Parti Punjabi Malaysia.
Penerima lain ialah A. Anatharatchagan daripada Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF); S Jivarajan (Parti Makkal Sakti Malaysia); Lee Sung Choy (Gerakan); G Sankaranarayanan serta Simon Suresh V Varunamegam, masing-masing daripada Parti Bersatu India Malaysia dan Parti Progresif Penduduk (MyPPP).
Bagi kategori badan berkanun, agensi dan syarikat pula, penerima gelaran itu ialah Ahli Majlis MARA Nazir Hussin Akhtar Hussin; Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara Firmansyah Aang Muhamad; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Skyworld Development Sdn Bhd Lam Soo Keong @ Low Soo Keong; Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Adi Azuan Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn Bhd Harris Annuar Tan.
Turut menerima anugerah PMW ialah ahli perniagaan Indonesia Kuntobowo Raijin Reksoseputro dan duta pelancongan yang juga ahli perniagaan Rusia Nargiz Safarova.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ali Zulfakar Zainal Abidin; Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi Mohamad Amin Hamat; Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Khalid Zakaria dan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ja'apar Mansor merupakan antara 39 inidividu yang menerima anugerah JMW.
Selain itu, 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)), 74 individu (Ahli Mahkota Wilayah (AMW)) dan 94 individu (Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW)).
Empat atlet negara yang menyumbang pingat emas semasa temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 juga diberi pengiktirafan dengan dikurniakan pingat PPW iaitu Muhammad Rafiq Ismail bagi sukan tenpin boling, Aaliyah Yoong Hanifah (waterski), Mohd Qabil Ambak (ekuestrian) dan Faridul Masri (olahraga).
Selain itu, Ketua Biro Kosmo Putrajaya Junhairi Alyasa, Ketua Biro Harian Metro Putrajaya Hayati Ibrahim dan Ketua Meja Kota Utusan Malaysia Roslah Othman menerima AMW manakala dua lagi petugas media iaitu V. Raman Kutty (Makkal Osai) dan Mohd Fadli Hamzah (News Straits Times Press (Malaysia) Berhad) menerima PPW.
Dua individu daripada golongan orang kurang upaya, Silatul Rahim Dahman daripada Yayasan Orang Buta Malaysia dikurniakan pingat KMW manakala Ong Shin Ruenn daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia menerima pingat PPW kerana sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menjayakan program-program yang melibatkan golongan orang kurang upaya khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Wilayah Persekutuan mula diadakan pada tahun 2008 sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan dan khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan baik dari segi sosial mahupun keagamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2018
![370 terima pingat sempena Hari Wilayah 370 terima pingat sempena Hari Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517410385_TanSriSamsudinOthman.jpg)
Samsudin mengetuai senarai 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto blog.ppj.gov.my
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
![Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713317469_LohongHitamjpg.jpg)
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
![Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655561086_adibahnoor.jpg)
Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
Siapa sangka di sebalik keceriaan yang sering ditampilkan di hadapan khalayak, Allahyarham sebenarnya menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
![Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629901288_TanSriZamroseMohd.jpg)
Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![Pelakon Aamir Khan positif COVID-19 Pelakon Aamir Khan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616575613_AmirKhanInstagram.jpg)
Pelakon Aamir Khan positif COVID-19
Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.
![Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612158534_agong.jpg)
Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.
![Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603531957_ArnoldSchwarzenegge.jpg)
Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
![Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597627963_SriTengkuMaimunTu.jpg)
Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
![Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41556793110_TengkuMaimun.jpg)
Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang
Terdapat dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
![Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51530197690_Sardin.jpg)
Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual
Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang diarah tarik balik, masih dijual di pasaran.
![370 terima pingat sempena Hari Wilayah 370 terima pingat sempena Hari Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517410385_TanSriSamsudinOthman.jpg)
370 terima pingat sempena Hari Wilayah
22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.