SEREMBAN: Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai 410 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah sama, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holding Berhad Datuk Lee Tian Hock.
Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Muzalmah Mustapha Kamal menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.
Pengelola Bijaya Diraja Kapt (B) Azizi Mohamad Ali dan Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Walad Kuala Dioh Penghulu Luak Inas Mohammad Ariff Sidek merupakan penerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.
Seramai 11 individu pula menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Datuk Raja Balang Balai Undang Luak Jelebu Amrus Alias dan Naib Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan M.Gobinathan.
Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan pingat Darjah Tuanku Muhriz (DTM) kepada dua penerima, Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 31 penerima, Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (43), Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (seorang), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (98) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (171).
Seramai 10 orang menerima Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM) manakala 16 lagi menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 22 Jan dan sesi ketiga pada 27 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail/BERNAMA
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 pembantu perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Panglima Tentera Darat dimasyhur ahli ke-300 'Hall of Fame' USACGSC
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mencipta sejarah, apabila dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall of Fame USACGSC.

Projek kolam selam tempur lewat siap: Jejas kebolehupayaan latihan GGK - PTD
Kelewatan menyiapkan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor boleh menjejaskan kebolehupayaan latihan pasukan Gerup Gerak Khas (GGK).

TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.

Kes anggota ATM dakwa dipukul penyelia selesai - Panglima Tentera Darat
Kes anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa dipukul penyelia di Kem Rasah, Seremban baru-baru ini selesai.

Lemas di kolam latihan tentera: TDM tubuh lembaga siasatan
TDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kes lemas membabitkan tiga mangsa di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh.

Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tan Sri" kepada Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Muhammad Hafizuddeain dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu
Muhammad Hafizuddeain turut dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan mengambil alih jawatan nombor satu dalam Tentera Darat daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

RM110 juta diperuntukkan baik pulih rumah tentera - PTD
Sebanyak RM110 juta akan diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggara bangunan yang uzur dan rumah anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara.

Kempen penerangan di sekolah tarik kaum bukan bumiputera sertai tentera - PTD
Kempen itu untuk memberi penerangan kepada kaum bukan bumiputera dan generasi muda mengenai peluang kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia.