PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kes lemas membabitkan tiga mangsa di kolam latihan kereta kebal sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang, semalam.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata lembaga yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu bakal dianggotai beberapa pegawai dan pakar serta siasatan akan meliputi pelbagai sudut termasuk faktor pengawalan dan fasiliti di kawasan tersebut.
"Pegawai kita akan kenal pasti siapa saksi untuk bantu beri keterangan. Kita nak tahu punca macam mana anak-anak ini (mangsa) boleh melepasi pagar yang mengelilingi fasiliti itu..adakah ada kelemahan dari segi pengawalan atau pagar kena lebih tinggi atau diganti baru atau antipanjat.
"Kalau lapang sasar kita tak kawal sepenuh masa, tapi kalau ada latihan sebenar, ada tembakan kita akan ambil (kawal) supaya tak berlaku pencerobohan dan sebagainya..(sama seperti) di pusat latihan ini juga kita kunci dan berpagar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) kepada 1,436 perajurit di sini hari ini.
Muhammad Hafizuddeain berkata kebiasaannya kolam itu kosong namun diisi air kerana terdapat latihan menguji latih kenderaan Jenis A, selain musim hujan yang menyebabkan air bertakung.
"Kesemua tempat latihan tentera merupakan kawasan larangan kecuali kepada anggota serta tidak boleh dicerobohi," katanya dan menambah TDM akan meneliti keperluan untuk menyediakan fasiliti riadah yang lebih baik untuk anak-anak di kem tentera.
Beliau yang menzahirkan dukacita atas kejadian itu berkata pihaknya juga telah menyalurkan bantuan dan wang khairat kematian kepada keluarga mangsa.
Semalam, media melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang juga anak anggota di kem terbabit ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter).
Sementara itu, beliau berkata statistik terkini menunjukkan penglibatan bukan bumiputera dalam profesion ketenteraan masih rendah iaitu kurang daripada tiga peratus.
Justeru, beliau berkata TDM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menarik penyertaan lebih ramai anak muda dari pelbagai kaum termasuk memperkemas dan menambah baik skim perkhidmatan supaya lebih kompetitif selain berkolaborasi dengan agensi luar.
Beliau berkata TDM juga menyasarkan untuk mengambil lebih ramai lepasan diploma dalam pelbagai jurusan sebagai perajurit pada pengambilan akan datang, selari dengan keperluan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran mengikut keperluan kor dan rejimen pasukan itu.
Terdahulu, pada majlis itu, Muhammad Hafizuddeain memberikan penghargaan kepada Koperal Mazlan Abdul Rahman, 35, atas keberaniannya menyelamatkan dua individu yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini.
Mazlan yang merupakan anggota pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja dinaikkan pangkat daripada Koperal ke Sarjan berkuat kuasa hari ini, selain turut dianugerahkan Pisau Tentera Darat sebagai lambang tertinggi warga TDM.
Beliau yang ditemui pemberita melahirkan kesyukuran atas penghargaan yang tidak disangka-sangkanya itu selain menyifatkan tindakannya adalah atas dasar membantu sesama manusia dengan tidak mengharapkan sebarang balasan,
"Masa terjun tu tak fikir apa-apa tapi nyawa milik Allah. Mak saya selalu pesan hafal surah al-Mulk jadi kita tidak akan takut untuk kematian. Saya tak kenal siapa kat bawah (lemas), dengan kursus serta pengalaman yang ada dan izin Allah saya berjaya menyelamatkan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Dua kanak-kanak dan seorang remaja ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam 2.1 meter semalam.- Gambar fail/Sinar Harian
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi di Banding, Perak
Tentera Darat Malaysia mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

TDM sedia gerakkan tambahan anggota jika banjir semakin buruk
Tentera Darat Malaysia bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri bertambah buruk.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat
Prebet Muhammad Syafiq yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat.

Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.

TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.