KUALA LUMPUR: Sebanyak RM110 juta akan diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggara bangunan yang uzur dan rumah anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata peruntukan berkenaan merupakan sebahagian daripada RM200 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baru-baru ini.
"TDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan terutama Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada ATM.
"Namun, difahamkan sebanyak RM110 juta daripada jumlah itu akan diperuntukkan kepada TDM untuk digunakan bagi memperbaiki dan menambah baik serta menyelenggara rumah-rumah keluarga, bangunan penginapan dan lain-lain (premis) yang dilihat membantu Tentera Darat menaik taraf bangunan usang sedia ada," katanya.
Mohammad berkata ini penting kerana ia dapat meningkatkan moral tentera darat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Perbarisan Penyerapan Pegawai dan Anggota Sukarela Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Ke Dalam Angkatan Tetap di Padang Kawad Kem Kementah, di sini hari ini.
Seramai 26 Pegawai dan 468 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diserap ke dalam 15 Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia setelah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-608 yang telah bersidang pada 14 Jun yang lalu dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Penyerapan pegawai dan anggota LLP ke dalam Angkatan Tetap ini dapat membantu menjaga kebajikan mereka melalui pembayaran pencen dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di bawah tajaan perkhidmatan.
"(Mereka juga) berpeluang untuk berkhidmat di luar negara, kemudahan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan dan lain-lain kemudahan yang tidak disediakan kepada pegawai dan anggota sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa," katanya.
Pada Jumaat, Bernama melaporkan kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.
Beliau dilaporkan berkata kerajaan meluluskan peruntukan ini setelah melihat kedudukan perumahan tentera yang sangat teruk dan terbiar sekian lama.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga ATM dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata peruntukan berkenaan merupakan sebahagian daripada RM200 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews

Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.

RM110 juta diperuntukkan baik pulih rumah tentera - PTD
Sebanyak RM110 juta akan diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggara bangunan yang uzur dan rumah anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara.