KOTA BHARU: Seorang bapa yang tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang, Bachok pada Sabtu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Perkara tersebut didedahkan isteri mangsa, Saripah Mansor, 39, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital.
Menceritakan semula detik cemas itu, Saripah berkata, semasa kejadian dia bersama arwah suami, Mohd Kamaruzaman Yusof, 45, sedang menunggu anak mereka pulang dari sekolah selepas selesai membeli barang dan kelengkapan untuk berniaga.
"Saya dan suami menunggu anak di dalam kereta kerana laluan masuk ke sekolah ketika itu agak sesak dengan kenderaan ibu bapa pelajar.
"Tiba-tiba suami mengalami kekejangan. Terkejut dengan kejadian itu, saya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan terus keluar untuk mendapatkan bantuan. Secara kebetulan, kakak ipar berada di lokasi untuk mengambil anak sekolah," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.
Menurutnya, orang ramai yang berada di lokasi kemudian membantu mengusung suami ke kawasan surau yang terletak di hadapan kawasan sekolah.
Bagaimanapun, suaminya meninggal dunia selepas dibawa masuk ke kawasan surau sekolah sementara menunggu ambulans.
Saripah memberitahu, sebelum kejadian arwah suami tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali bercakap soal insurans.
"Arwah beritahu dia sudah mengambil insurans untuk dirinya dan saya. Suami cakap, kalau dia pergi dulu, guna duit insurans itu untuk bayar semua hutang dan baki buat belanja saya dan anak-anak.
"Saya tidak menyangka perkara itu menjadi 'pesanan' terakhir arwah sebelum meninggal dunia," katanya.
Jenazah Mohd Kamaruzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pok Joh, Tumpat pada jam 1 pagi.
Sinar Harian melaporkan, seorang bapa tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang di sini pada Sabtu.
Mangsa, Mohd Kamaruzaman dikatakan mengalami kekejangan dan jatuh sebelum meninggal dunia kira-kira jam 2.06 petang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 14 2023
![Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684035644_Lelakirebah.jpg)
Media semalam melaporkan, seorang bapa tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang pada Sabtu. - Gambar fail/ Sinar Harian
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684035644_Lelakirebah.jpg)
Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung
Seorang bapa yang tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang, Bachok pada Sabtu meninggal dunia akibat serangan jantung.
![Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615427143_KemalanganLipis.jpg)
Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori
Kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Hino yang membawa muatan barangan projek.
![Bapa Nicki Minaj maut kemalangan Bapa Nicki Minaj maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602844791_TBBARBIENICKYMINAJ.jpg)
Bapa Nicki Minaj maut kemalangan
Robert Maraj, 64, meninggal dunia setelah dilanggar pemandu tidak dikenali dalam kejadian di New York, Amerika Syarikat.
![Lelaki maut terkena renjatan elektrik Lelaki maut terkena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584710147_renjatelektrik.jpg)
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Dua anak mangsa juga terkena tenjatan itu namun sempat diselamatkan.
![Bapa maut, anak cedera pemampat penghawa dingin meletup Bapa maut, anak cedera pemampat penghawa dingin meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41559144641_MautKuala.jpg)
Bapa maut, anak cedera pemampat penghawa dingin meletup
Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah.