Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah, pagi tadi.
Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Eva Saifun Kamuni berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun jatuh dari tingkat satu akibat letupan itu dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul jam 11.13 pagi dan sebuah jentera bersama enam pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian, katanya.
"Siasatan awal mendapati letupan berlaku ketika mangsa sedang membaiki salah satu pemampat penghawa dingin yang berada di tingkat satu bahagian belakang premis berkenaan, mangsa kemudiannya telah memanjat tangga dan dibantu anaknya yang berusia 22 tahun.
"Bagaimanapun letupan berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh dari tangga sementara anaknya mengalami cedera ringan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Eva Saifun berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan dan kes akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kuala Pilah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019

Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas kompressor penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah, pagi tadi. - Foto BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung
Seorang bapa yang tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang, Bachok pada Sabtu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori
Kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Hino yang membawa muatan barangan projek.

Bapa Nicki Minaj maut kemalangan
Robert Maraj, 64, meninggal dunia setelah dilanggar pemandu tidak dikenali dalam kejadian di New York, Amerika Syarikat.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Dua anak mangsa juga terkena tenjatan itu namun sempat diselamatkan.

Bapa maut, anak cedera pemampat penghawa dingin meletup
Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah.