BATU PAHAT: Seorang lelaki maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat empat Hospital Sultanah Nora Ismail di sini pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada petugas keselamatan hospital pada jam 9.50 malam berhubung perkara berkenaan.
"Polis kemudiannya telah menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang di belakang lobi bangunan Blok B hospital berkenaan yang dipercayai terjatuh dari aras empat bangunan tersebut.
"Siasatan juga mendapati lelaki berusia 42 tahun dan merupakan seorang pekerja ladang itu sedang menerima rawatan di wad 4B sejak dimasukkan pada 7 Januari lalu akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah konsisten akibat jatuh dari tempat yang tinggi.
Ujarnya, pihak polis juga tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga dan dibawa ke rumah keluarganya di Kangkar Baru, Yong Peng. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024

Polis menerima panggilan telefon daripada petugas keselamatan hospital pada jam 9.50 malam berhubung perkara berkenaan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Penari balet terkenal dunia maut terjatuh dari balkoni ketika hisap rokok
DUNIA tarian balet kehilangan seorang penari terbaik, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada Sabtu.

Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah
Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Ahad.

Mati jatuh dari tingkat tiga ketika kejar anjing
SEORANG lelaki menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel ketika mengejar seekor anjing di India.

Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia
Seorang pelajar tingkatan satu yang cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia awal pagi Sabtu.

Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.

Pelajar perempuan maut jatuh tingkat 3 bangunan sekolah
Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada Jumaat.

Lelaki maut terjatuh dari tingkat empat hospital
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat empat Hospital Sultanah Nora Ismail di sini pada malam Selasa.

Jatuh dari tingkat enam Hospital Sultan Ismail, lelaki OKU mental maut
Mangsa dimasukkan ke hospital pada pukul 12.30 tengah malam, Ahad kerana perlu menjalani pembedahan di lutut kanannya.

Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68
Influencer yang terkenal dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada sebuah bangunan.