JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun merupakan seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dimasukkan ke hospital pada pukul 12.30 tengah malam, Ahad (5 Nov) kerana perlu menjalani pembedahan di lutut kanannya yang dijadualkan pada esok (8 Nov).
"Namun, pembedahan dibatalkan kerana mangsa mengalami selsema dan beliau telah dibenarkan keluar daripada hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Raub turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-2203465.
Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut @ Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan atau gejala psikiatri, sepanjang berada di dalam wad.
"Selepas pembedahan kaki ditangguhkan kerana pesakit menghidapi jangkitan saluran pernafasan, pesakit telah dibenarkan pulang pada pukul 5.05 petang, semalam dan sementara menunggu proses discaj, pesakit dan waris telah menunggu di hadapan wad.
"Tanpa disedari waris, pesakit telah berjalan berseorangan ke aras enam sebelum pada pukul 5.20 petang, seorang saksi mendakwa ternampak pesakit berdiri di tebing struktur bangunan di aras enam dan melompat ke bawah," kata Mohtar.
Beliau berkata pesakit terus diberi bantuan kecemasan oleh pegawai perubatan dan pasukan paramedik serta dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI untuk rawatan lanjut.
"Pesakit kemudian telah menerima rawatan kecemasan di zon merah, namun tidak dapat diselamatkan," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki terjun dari tingkat atas sebuah hospital di bandar raya ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.