PEMPENGARUH (influencer) yang terkenal menerusi kandungan selfie dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada salah sebuah sebuah bangunan yang dipanjatnya.
Remi Lucidi yang menggunakan nama Remi Enigma di laman sosialnya meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 68 bangunan Tregunter Tower yang dipanjat secara ‘curi-curi’ di Hong Kong pada Khamis lalu.
Warganegara Perancis berusia 30 tahun itu didakwa kali terakhir dilihat oleh seorang pembantu rumah sewaktu mengetuk tingkap di sebuah penthouse untuk mendapatkan bantuan.
Namun Lucidi tidak dapat bertahan sewaktu pembantu rumah tersebut menghubungi polis untuk bantuan lalu terjatuh dari tingkat 68, lapor South China Morning Post.
Ironi Lucidi didakwa telah menipu pengawal keselamatan dengan memberitahu ingin bertemu seorang sahabat di tingkat 40. Namun CCTV kemudian ‘menangkap’ dia berada di tingkat 49 tanpa kebenaran sebelum tanpa diketahui telah berada di tingkat 68.
Mayatnya ditemui pihak polis di kawasan bangunan bersama kad pengenalan dan kamera namun pihak berkuasa tidak mendedahkan foto terakhir Lucidi.
Dalam kalangan pengikutnya di media sosial, Lucidi amat terkenal dengan aktiviti memanjat bangunan tinggi dan melakukan selfie tanpa memakai alat keselamatan.
Sebelum terjatuh daripada tingkat 68 tersebut, dia pernah mempamerkan aksinya memanjat bangunan tinggi lain seperti di Dubai, Paris dan Thailand.
Malah perkongsian terakhir Lucidi pada 24 Julai lalu mempamerkan foto panorama daripada tingkat tertinggi di Times Square Hong Kong. - Gempak
Gempak
Wed Aug 02 2023

Remi Lucidi meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 68 bangunan Tregunter Tower yang dipanjat secara 'curi-curi' di Hong Kong. - Gempak

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.

Lima pempengaruh didakwa promosi judi dalam talian
Lima pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas satu pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di laman sosial, pada Jun lalu.

Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan
Polis menggesa orang ramai tampil membuat laporan mengenai dakwaan yang tular media sosial membabitkan seorang pempengaruh yang dikatakan menyeleweng dan pecah amanah wang derma.

Pempengaruh buat ulasan surau awam, mudahkan orang beribadah
Rusydi Sayuti Rosli terus bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya.

PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online'
Polis menahan 27 influencer atau pempengaruh pelbagai kaum kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian di media sosial mereka, pada Khamis.

'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.

Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina
Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68
Influencer yang terkenal dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada sebuah bangunan.

Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh?
Jumlah individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat untuk menyambut pengajian dilaporkan semakin meningkat saban tahun.

Influencer Korea ditemui meninggal dunia dalam kolam, berbalut selimut
Seorang influencer atau pempengaruh asal Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa bunuh sepasang pengamal perubatan dan pemilik sebuah hospital tempatan di Kemboja.