KUALA LUMPUR: Kesukaran isterinya yang sarat mengandung dan perlu berjalan jauh bagi mencari surau di sebuah pusat beli-belah mendorong seorang pempengaruh mencipta kandungan berbentuk ulasan di media sosial mengenai kemudahan tempat beribadat itu di pelbagai lokasi awam.
Biarpun tidak mendatangkan sebarang pendapatan, Rusydi Sayuti Rosli, 37, tetap bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya @rusydi.official menerusi #reviewsurau, sejak tahun lepas (2023).
Dia yang bekerja sebagai pengurus di sebuah pasar raya di ibu kota itu berkata, hasil pemerhatiannya mendapati, terdapat surau di pusat beli-belah yang tidak menepati kehendak garis panduan penyediaan fasiliti serta tidak mudah diakses terutama oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, dan warga emas.
"Atas sebab itu, saya rasa terpanggil untuk mengulas keadaan surau awam terutama di pusat beli-belah dengan menambah beberapa maklumat lain, antaranya panduan arah dan kadar aksesibiliti," katanya kepada Bernama.
Usaha murni anak kelahiran Kuala Lumpur itu mula mendapat perhatian masyarakat selepas rakaman video dan ulasannya mengenai keadaan sebuah surau di pusat beli-belah di Seremban, Negeri Sembilan menerima jumlah tontonan sehingga 1.5 juta dalam tempoh kurang lapan jam selepas dimuat naik di laman sosial TikToknya, pada Ogos tahun lepas.
Rusydi Sayuti berkata, antara masalah surau awam adalah kekurangan telekung wakaf, sejadah dan karpet yang berbau serta lokasi kurang strategik, contohnya terletak di tapak parkir.
Selain itu, terdapat juga surau yang tidak memberikan ruang privasi mencukupi kepada pengunjung terutama wanita, selain salah arah kiblat, waktu operasi surau terbatas serta bising sehingga mengganggu tumpuan ketika beribadah.
"Kita tak minta surau dijadikan mewah, tetapi memadai ia bersih dan mempunyai semua kemudahan asas serta sesuai kepada semua golongan, selain penentuan arah kiblat yang tepat dan betul," katanya yang membuat kerja amal itu setiap hujung minggu.
Berkongsi lanjut, Rusydi Sayuti berkata, ada ketika, beliau terpaksa 'menerjah' sahaja untuk merakam keadaan di dalam surau dan membuat ulasan kerana sukar untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menguruskankannya.
"Apabila sudah tular seterusnya menarik perhatian masyarakat, barulah perkara ini membuka mata pengurusan untuk menambah baik surau walaupun kadangkala menerima pelbagai kecaman hebat bukan sahaja daripada pengurusan tetapi juga komuniti setempat.
"Saya pernah hampir berputus asa apabila mendapat kecaman terlalu negatif, namun bangkit semula apabila ramai masyarakat termasuk bukan Muslim menzahirkan kata-kata semangat antaranya 'kalau kita bermula kerana Allah SWT kenapa kita perlu berhenti kerana manusia'," katanya.
Menurut Rusydi Sayuti, setiap kali membuat ulasan di mana-mana surau, sudah pasti dia akan membuat tindakan susulan bagi mengetahui perkembangan atau langkah yang mungkin diambil oleh pihak pengurusan .
"Saya gembira apabila ada pengurusan yang cakna dan ambil positif dengan setiap komen yang diberikan," katanya yang turut membuat ulasan di surau awam di kawasan lain seperti kawasan rehat dan rawat, terminal bas atau stesen kereta api.
Bapa kepada dua anak itu turut mengakui dia berasa puas hati dapat menyempurnakan kewajipan fardu kifayah itu dan berharap agar Jabatan Agama Islam Negeri menubuhkan badan berwajib atau satu jawatankuasa khas untuk memantau keadaan surau awam.
Sehubungan itu, Rusydi Sayuti merancang untuk bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bagi menyuarakan isu tersebut, dalam masa terdekat.
"Jika hendak dibandingkan dengan surau awam yang lain, untuk surau di pusat beli-belah, paling sukar mahu mencari individu bertanggungjawab menguruskannya," katanya, yang merancang memperluaskan lagi usaha mencipta kandungan ulasan jujur mengenai surau awam di seluruh negara.
-- BERNAMA / Norhidayyu Zainal
Bernama
Mon Jul 01 2024

Rusydi Sayuti Rosli terus bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya, @rusydi.official.

RUU Pembaharuan Semula Bandar lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM
Tanggapan kononnya undang-undang ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera kehilangan tempat di bandar adalah tidak benar.

PM Anwar tegur insiden pemuda Cina ditampar warga emas
Sensitiviti agama, kaum dan bangsa boleh dielakkan jika semua pihak mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain, kata Perdana Menteri.

Singapura seru sambung rundingan ke arah gencatan senjata berkekalan di Gaza
Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap berulangnya pertempuran di Gaza yang mengakibatkan kematian dalam kalangan orang awam.
AWANI Ringkas: Pelanggaran Akta Mesin Cetak 1984
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM ke atas bekas PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Mulia: 734 naskah al-Quran, lebih 19,000 bahan al-Quran disita
Sejumlah 734 naskah al-Quran dan 19,682 bahan al-Quran yang tiada perakuan disita bagi tempoh 7 hingga 12 Mac lepas.

Dua karnival, tiga bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri rai ulang tahun ke-50 AmBank
Siri karnival perayaan anjuran AmBank himpunkan rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.

Warga emas tampar pemuda dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC
Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati.

Operasi mencari lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat diteruskan
Lelaki itu dikhuatiri lemas ketika memukat di sungai berkenaan bersama anaknya yang berusia 8 tahun, malam tadi.

Pempengaruh maut ditikam ketika 'live' berjalan kaki di Tokyo
Airi atau lebih dikenali sebagai Ai Mogami, ditikam berhampiran Stesen Takadanobaba di Shinjuku Ward sekitar jam 9.50 pagi.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.

Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.

Pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 buat laporan palsu diculik
Seorang pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 okerana membuat laporan polis palsu kononnya dia telah diculik ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
Rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek.

Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM
Emina berkata walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, dia masih menjadikan media sosial sebagai pilihan kedua dalam karier hidupnya.

Salah guna wang infak: Pempengaruh Aliff Teega kekal pengakuan tidak bersalah
Pempengaruh Alif Teega mengekalkan pengakuan tidak bersalah di atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak.

Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.

Negara perlu lebih ramai tokoh 'influencer' berilmu - Zulkifli
Bekas Presiden ABIM Prof Datuk Siddiq Fadzil pernah berkata, negara mengalami satu fenomena kebanjiran selebriti dan kemarau tokoh.