MANJUNG: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam satu kejadian di Lumut dekat sini pada Jumaat.
Mayat mangsa warga Myanmar berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam kawasan kolam udang oleh majikannya sekitar jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, maklumat awal mendapati, sebelum kejadian mangsa bersama suspek minum minuman keras sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan.
"Mayat mangsa dijumpai dalam kolam yang digunakan sebagai tempat pembuangan sisa kotoran dan hasil pemeriksaan terdapat satu tikaman di bahagian dada disyaki dilakukan suspek.
"Majikan mangsa berusia 53 tahun memaklumkan, suspek yang merupakan rakan sekerja mangsa juga warga Myanmar didapati tidak datang bekerja sejak hari kejadian disyaki cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi mengetahui punca kematian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 012-5077026 untuk membantu siasatan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023

Usaha mengesan suspek sedang dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam satu kejadian di Lumut dekat Manjung.