TEMERLOH: Seorang lelaki yang disyaki terjatuh ke dalam Sungai Semantan di Kampung Kuala Kaung, Lanchang di sini ketika mencari ikan pada Ahad ditemukan lemas semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, mangsa berusia 57 tahun itu ditemukan pada jam 4.10 petang pada jarak tiga kilometer dari tempat Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka.
Menurutnya, anak perempuan mangsa berusia 18 tahun memberitahu, dia menemui ayahnya kali terakhir kira-kira jam 6 petang sebelum keluar ke sungai untuk mencari ikan.
"Keesokan harinya, anak mangsa bersama ahli keluarga lain ke tempat mangsa selalu mencari ikan dan menemui motosikal serta selipar milik ayahnya," katanya dalam kenyataan semalam.
Ujarnya, anak mangsa cuba mencari di sungai dan mendapati bot milik ayahnya telah terbalik di tebing sungai.
"Seterusnya laporan polis dibuat kira-kira jam 12.42 tengah hari pada Isnin sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pada jam 2 petang dengan kekuatan 38 anggota terdiri pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Rela dan orang awam bersama lapan bot.
"Mayat mangsa kemudiannya ditemui dan dibawa naik ke darat pada jam 5 petang untuk dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat," tambahnya.
Operasi ditamatkan pada jam 6 petang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 19 2024
Mayat mangsa ditemui pada jam 4.10 petang pada Isnin dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk bedah siasat. - Foto Ihsan PDRM
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.