Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa yang dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi tadi.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada Selasa, sekitar 5.12 petang.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor ke lokasi kejadian.
"Difahamkan mangsa telah tidur bersama rakannya di sebuah pondok berhampiran dan dilaporkan hilang.
"Rakannya telah memaklumkan kepada keluarganya dan membuat pencarian, namun gagal ditemui. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan pihak bomba," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Justeru, katanya, pasukan bomba membuat pencarian menggunakan bot dan menemui mangsa dalam keadaan terapung.
Katanya lagi, mangsa dibawa ke tebing dan disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan seramai sembilan orang anggota itu tamat jam 2.50 pagi.