MERSING: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Hafiz Nursalam Ahmad, 21, yang bekerja sendiri itu pada 12.55 tengah malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari daerah itu sering mencari kerang di kawasan berkenaan namun beliau dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak pukul 10 pagi Isnin.
"Keluarganya bertindak mencari mangsa di lokasi tersebut sebelum, namun hanya menemukan motosikal dan selipar miliknya.
"Bermula 8 pagi tadi, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan 48 anggota serta lapan bot, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainudin Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata Pasukan Keluaran Operasi membuat pencarian di pesisir pantai menggunakan bot penyelamat bersama-sama agensi yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejak pagi tadi. - Gambar/ JBPM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.

Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan
Mangsa yang dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi tadi.

Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia
Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui selamat di perairan Acheh, Indonesia.

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.

Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang
Polis Daerah Bentong menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail pada 3.43 petang Isnin.

Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan
Raja Shahrul Zaman Raja Kamaredzuan, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikal dan dompetnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.

Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang
Polis mohon orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas.

Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.

Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang
Ketika ditemui, warga emas itu dalam keadaan terpinga-pinga sebelum anggota polis bantuan meminta nombor telefon yang boleh dihubungi.