SEREMBAN: Hanya mahu menuntut hutang, seorang buruh kasar dipercayai dicederakan rakannya dengan objek tajam di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Taman Dusun Setia di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun telah pergi ke rumah suspek yang berjanji untuk membayar hutang setelah mendapat gaji.
Menurutnya, berdasarkan keterangan, suspek telah meminjam wang daripada mangsa pada minggu lepas dan berjanji untuk membayar semula pada Selasa.
"Mangsa telah pergi ke rumah suspek seorang diri dengan menunggang motosikal, namun ketika mangsa mahu menuntut hutang daripada suspek, telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.
Menurutnya, pertengkaran itu membawa kepada pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga kedua-duanya terjatuh.
Beliau berkata, ketika itu suspek dipercayai ada memegang satu objek tajam dan ia telah terkena pada dada sebelah kanan mangsa sehingga berdarah.
"Polis masih mengesan suspek lelaki berusia 28 tahun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan" katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 12 2022

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun telah pergi ke rumah suspek yang berjanji untuk membayar hutang setelah mendapat gaji.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki ditahan cederakan rakan tuntut hutang
Suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 1.45 petang di sebuah rumah di Taman Dusun Setia.

Lelaki dicederakan rakan ketika mahu tuntut hutang
Ketika mangsa mahu menuntut hutang daripada suspek, telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya.

Gara-gara menuntut hutang, pesara polis dibunuh kawan baik sendiri
Mangsa yang sebelum itu dilaporkan hilang sejak 31 Ogos lalu, dipercayai sudah banyak kali memberikan pinjaman wang kepada suspek bagi tujuan perniagaan.

Kes saman tuntut hutang: Rina Harun dan syarikat berbincang untuk selesai kes
Mahkamah menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan status perbincangan penyelesaian itu.

Suspek tikam kawan tuntut hutang ditahan polis
Lelaki berusia 35 tahun itu diberkas polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Bayan Lepas jam 3.45 pagi ini, hasil risikan dan maklumat Pasukan Siasatan Jenayah Berat (D9).

Maut ditikam rakan gara-gara tuntut hutang
Seorang lelaki maut ditikam rakannya dalam kejadian berhampiran menara jam di hadapan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang, malam Isnin.