Kes saman penghutang penghakiman difailkan sebuah syarikat produksi berpusat di Paris yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun membayar sejumlah wang akan diselesaikan secepat mungkin, menurut peguam yang mewakili Rina.
Peguam Hussin Mohd Razak memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes saman penghutang penghakiman itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan status perbincangan penyelesaian itu.
Katanya mahkamah juga memerintahkan Rina untuk hadir pada tarikh tersebut berikutan anak guamnya itu tidak dapat hadir di mahkamah hari ini kerana ada hal kecemasan.
Hussin berkata anak guamnya yang mencadangkan kepada syarikat Sarl Novovision untuk menyelesaikan kes saman itu.
“Beliau (Rina) akan berbincang mengenai jumlah yang boleh dipersertujui oleh syarikat itu. Anak guam saya juga menyerahkan beberapa keping cek kepada syarikat itu hari ini berhubung perbincangan penyelesaian itu,” katanya.
Peguam Mark Ho yang mewakili Sarl Novovision berkata Rina telah mencadangkan perjanjian penyelesaian dengan anak guamnya, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan terma penyelesaian.
"Hari ini pihak berkenaan (menteri) telah menyerahkan cek sebagai pembayaran ansuran,” katanya yang enggan menyatakan jumlahnya.
Mengikut laporan portal, Rina yang merupakan salah seorang pengarah syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd, telah membeli beberapa rancangan komedi dan dokumentari daripada syarikat pengeluaran Sarl Novovision antara 2011 dan 2013.
Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan ditutup masing-masing antara Disember 2013 dan Ogos 2015.
Rina dan satu pihak lagi pada bulan Mei 2014 telah mengadakan perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision bahawa mereka akan menanggung semua tanggungjawab syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020

Rina dan satu pihak lagi pada bulan Mei 2014 telah mengadakan perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision bahawa mereka akan menanggung semua tanggungjawab syarikat.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.

Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.

Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.

Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.

AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Kebankrapan di Jepun meningkat ke tahap tertinggi dalam sedekad - Tinjauan
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat sebanyak 22 peratus tahun ke tahun ke tahap tertinggi dalam sedekad pada separuh pertama tahun ini.

5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.

Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.