Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai selepas membunuh diri di sebuah kondominium di Brickfields, ibu negara, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi, pihaknya menerima panggilan pada 8.15 malam tadi dari seorang pengawal keselamatan kondominium terbabit.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 44 tahun itu, belum berkahwin dan bekerja di sebuah syarikat di Jalan Bangsar serta menyewa sebuah bilik studio seorang diri.
"Pihak polis juga menjumpai satu nota yang menulis pesanan kepada ibu dan abangnya dan terdapat juga pelbagai ubat-ubatan dijumpai di bilik berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Zairulnizam berkata mangsa disyaki mempunyai masalah berkaitan jantung.
"Pihak forensik telah hadir membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan mengesahkan tiada sebarang kesan atau unsur jenayah.
"Mangsa telah dibawa ke hospital terdekat untuk bedah siasat dan keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai kejadian," jelasnya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian +603 2297 9222.
*Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
Afiezy Azaman
Mon Feb 17 2020

Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 44 tahun itu, belum berkahwin dan bekerja di sebuah syarikat di Jalan Bangsar serta menyewa sebuah bilik studio seorang diri. - Foto PDRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki bujang tinggal nota buat ibu sebelum dipercayai bunuh diri
Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai kerana membunuh diri di sebuah kondominium di Brickfields, ibu negara, pada Ahad.