NIBONG TEBAL: Pasukan bomba mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor di Sungai Bakap, di sini hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Tarmizi Abdul Salam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.45 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap digegaskan ke lokasi kejadian.
"Ketika bomba tiba, api sedang marak dan peratusan kebakaran pada masa itu (ketika sampai ke lokasi) dianggar lebih 70 peratus iaitu membabitkan tiga bahagian struktur tempat penyimpanan di situ.
"Gudang itu berkeluasan 3,716 meter persegi yang menyimpan pelbagai bahan kimia dan cecair mudah terbakar sekali gus menyebabkan api cepat merebak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata lebih 100 pegawai dan anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama 10 jentera terlibat dalam operasi pemadaman.
Mohamad Tarmizi berkata setakat 5 petang tadi, operasi pemadaman sudah di peringkat akhir dan pihaknya sedang melakukan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan api serta bara padam sepenuhnya.
Beliau berkata kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan manakala punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
"Cuma sebuah jentera bomba PBS yang terlibat dalam operasi itu nyaris terbakar akibat terkena serpihan letupan daripada api yang sedang marak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022

Pasukan bomba mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.