Malaysia bimbang dengan peningkatan bilangan titik panas yang dikesan di Sumatera, Indonesia.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.
"Saya memantau situasi ini setiap hari dan ia amat membimbangkan.
"Saya turut menyampaikan taklimat dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini berhubung situasi cuaca terkini, dan berharap untuk bertemu rakan sejawatannya di Indonesia untuk membincangkan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, isu lain yang akan diketengahkan dalam mesyuarat yang dicadangkan pada 17 dan 18 September di Jakarta itu adalah Memorandum Persefahaman Malaysia-Indonesia bagi menangani isu jerebu rentas sempadan
Dalam hubungan ini, beliau berharap dapat memuktamadkan MOU dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-17, semasa lawatannya nanti.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, beliau masih belum menerima jawapan daripada Menteri Alam Sekitar Indonesia berhubung permohonan untuk mengadakan mesyuarat dua hala itu.
Selain Indonesia dan Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei turut bersetuju untuk mempertingkatkan usaha bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan dalam mesyuarat yang diadakan di Jakarta pada 28 Julai lalu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Datuk Che Gayah Ismail berkata setakat ini, belum ada keperluan untuk melakukan operasi pembenihan awan di Lembah Klang bagi meredakan masalah jerebu.
Beliau berkata, ini disebabkan kualiti udara di lembah klang, khususnya, masih dalam lingkungan tahap sihat.
"Pada masa ini, belum ada keperluan untuk melakukan pembenihan awan, Bagaimanapun, sebaik sahaja kualiti udara mencecah paras tidak sihat, MET dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan melakukan operasi itu," katanya, di sini, hari ini.
Katanya Malaysia perlu bertahan dengan keadaan cuaca berjerebu yang berlaku sekarang sehingga hujung September jika aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, berterusan.
Beliau berkata ini disebabkan negara ini mengalami monsun barat daya yang membawa angin dari arah barat daya ke Semenanjung.
"Jadi, jika terdapat aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera, tiupan angin itu akan membawa asap ke sini. Keadaan ini akan berterusan sehingga hujung September, yang merupakan permulaan musim antara monsun," katanya.
Musim antara monsun akan membawa lebih banyak taburan hujan pada Oktober dan bulan seterusnya, serta boleh mengakibatkan banjir kilat di negari pantai barat, katanya.
Astro Awani
Wed Sep 02 2015

WAN JUNAIDI: Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih banyak titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia - Wan Junaidi
Pusat Meteorologi Khas Aasean (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.