Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim percaya lebih banyak kes pengabaian kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan di masa hadapan susulan kes Muhammad Firdaus Dullah.
Beliau berkata susulan kejadian menimpa OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh ibunya itu, akan menggalakkan lebih ramai orang awam tampil melaporkan kejadian seumpama itu berikutan kesedaran yang ditimbulkan kes berkenaan.
"Kita lihat selepas kes Firdaus, kes di Kelantan pula dilaporkan. Saya tahu ada yang tanya kenapa lambat sangat tindakan diambil. Ini kerana tiada pihak yang melaporkannya sebelum ini," kata menteri itu.
Rohani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Raya Aidilfitri Fashion Fiesta anjuran Globe by Sarah Hughes di ibu negara, Sabtu.
Mengenai kes Nasitah Yahya, 44, yang dikurung selama lebih 10 tahun di bawah rumahnya di Tumpat, Kelantan, Rohani berkata wanita itu kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital.
Menurutnya, kes itu sedang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan memandangkan wanita terbabit dikatakan mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan di Hospital Permai, Tampoi di Johor Baharu.
"Daripada laporan yang saya terima makanan, minuman dan pakaian untuk wanita itu disediakan. Masalahnya cuma kes ini kes mental dan dia agak ganas. Buat masa ini pegawai saya sedang mengambil laporan (mengenainya)," katanya.
Mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung adik-beradiknya dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter sejak 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka.
Sementara itu dari Kota Kinabalu, dilaporkan kerajaan Sabah akan membantu Muhammad Firdaus, mengikut keperluan remaja itu yang merupakan anak jati Sabah.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kesempitan hidup ibu Firdaus tidak harus dijadikan alasan untuk membiarkan anak OKU itu dalam keadaan sedemikian.
Berucap merasmikan Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan Taska dan Tabika Kemas peringkat Parlimen Sepanggar di Dewan Serba guna Kampung Unggun, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, beliau meminta masyarakat sentiasa membuka mata, telinga dan hati untuk melaporkan masalah sedemikian kepada pihak berwajib agar penyaluran bantuan sewajarnya diberi.
Jainab yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai menyeru ibu bapa agar memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak terutama golongan kurang upaya.
Katanya, ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya termasuk menghantar mereka mengikuti pengajian prasekolah seperti di Tabika Kemas yang juga menyediakan makanan berkhasiat.
Sementara itu pada majlis berasingan, Pemaju Mukim DUN Karambunai, Kasmirah Alipin mewakili Jainab menyampaikan sumbangan kepada 150 ibu tunggal menerusi 'Program Jalinan Kasih Ramadan Untuk Ibu-ibu Tunggal' di pekarangan Masjid Kampung Warisan dekat Sepanggar.
Sumbangan daripada Pertubuhan Persahabatan Malaysia Cawangan Negeri Sabah (SAHABAT) itu sebagai membantu golongan ibu tunggal membuat persiapan menyambut Ramadan.
Dalam ucapan yang dibacakan Kasmirah, Jainab memuji usaha SAHABAT dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya ibu tunggal.
"Kerajaan sangat prihatin dalam membantu golongan ini dengan penyaluran RM1.3 bilion untuk peruntukan bantuan kebajikan bagi seluruh negara," kata ADUN Karambunai itu.
Bernama
Sun Jun 29 2014

ROHANI: Saya tahu ada yang tanya kenapa lambat sangat tindakan diambil. Ini kerana tiada pihak yang melaporkannya sebelum ini

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih banyak kes pengabaian dilaporkan susulan kes Muhammad Firdaus
Susulan kejadian menimpa OKU yang dikurung oleh ibunya itu, akan menggalakkan lebih ramai tampil melaporkan kejadian seumpama itu.

Rujuk kepada JKM jika hadapi masalah jaga anak OKU - Rohani
Jika tiada penyelesaian JKM tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.