KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lebih 32,000 kenderaan dikesan memasuki negeri itu sejak 14 Okt hingga Sabtu.
Beliau berkata jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh dengan kebanyakan mereka adalah perantau yang pulang ke kampung serta pelancong domestik.
Shafien juga tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan dijangka meningkat menjelang cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul Selasa ini susulan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi individu yang lengkap vaksinasi COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata polis melalui 154 pasukan akan sentiasa melaksanakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung jangkitan COVID-19 terutama di kawasan tumpuan.
"Di sekitar pusat bandar Kota Bharu, kita dapati berlaku pertambahan kenderaan tetapi tidak begitu sesak kerana kemungkinan mereka mengikut jadual perjalanan masing-masing dan keadaan itu akan sentiasa dipantau pasukan yang ditubuhkan baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Shafien berkata pihaknya tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku pelanggaran SOP oleh mana-mana individu meskipun Kelantan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara mulai hari ini (18 Okt).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Shafien tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan dijangka meningkat menjelang cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul Selasa ini. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Menjelang Syawal: Trafik di Kelantan mulai sesak
250 anggota polis akan ditugaskan sepanjang masa bagi mengawal lalu lintas di jalan utama.

Unit berkuda PDRM mulakan tugas di sempadan Kelantan hari ini
Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.

Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.

Polis rampas pistol, peluru selepas tahan penjenayah yang diburu 19 tahun lepas
Siasatan mendapati bahawa penarik kereta berumur 38 tahun yang ditahan pada pukul 9.30 pagi itu merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.

Semak maklumat berkaitan banjir sebelum teruskan perjalanan - Polis
Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Wanita itu ditahan polis di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok.

Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu
Mangsa sebelum itu dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan memberitahu identiti mangsa disalahgunakan oleh pihak tidak dikenali.

Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis
Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.

Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien
Jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.