Malaysia berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah cabaran keselamatan yang timbul akibat isu seperti keganasan dan kebimbangan mengenai perkara-perkara seperti pemerdagangan orang dan migrasi secara haram apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Muhyiddin tiba Ahad di ibu negara Amerika Syarikat ini untuk lawatan kerja sehingga Rabu sebelum terbang ke New York untuk mesyuarat yang sama dengan para pegawai Amerika Syarikat di sana.
Jadual lawatan Muhyiddin untuk Isnin menyaksikan beliau melawat ke ibu pejabat Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat untuk berunding dengan Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Kevin McAleenan, dan melawat ke Pusat Saringan Pengganas Amerika Syarikat (TSC).
Muhyiddin juga akan menghadiri forum kepimpinan di Centre for Strategic and International Studies dan pada forum itu, beliau dijangka berkongsi pandangannya mengenai hubungan strategik Malaysia-Amerika Syarikat.
Program lain Muhyiddin di Washington DC dalam beberapa hari akan datang termasuk bertemu Duta Amerika Syarikat bagi Pemerdagangan Orang John Cotton Richmond serta pegawai kanan dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisik Pusat (CIA), Kastam dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Keadilan (DOJ).
MUHYIDDIN-KESELAMATAN 2 WASHINGTON DC
"Ini adalah lawatan kerja yang telah diatur untuk saya datang ke Washington dan New York bertujuan merapatkan hubungan dua hala dalam bidang keselamatan antara AS dan Malaysia yang memang terjalin sejak dahulu lagi," kata beliau kepada Bernama menjelang mesyuarat peringkat tertinggi dan lawatan ke institusi-institusi utama keselamatan Amerika Syarikat.
Muhyiddin menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hubungan baik dengan agensi keselamatan yang terkenal dunia seperti FBI dan CIA, dengan menjalin kerjasama merangkumi bidang seperti pertukaran maklumat, latihan dan langkah-langkah membina kapasiti yang lain.
Kerjasama sedemikian perlu memandangkan negara tidak boleh leka dalam isu keganasan ketika ia berusaha untuk memastikan agensi-agensi keselamatannya dilengkapi dengan alat yang diperlukan, lebih-lebih lagi ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas seperti Daesh.
Kesiapsiagaan Malaysia dan pengumpulan maklumat risikan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 495 orang dari 2013 hingga Ogos 2019 berhubung penglibatan mereka sebagai anggota, perekrut, pembiaya atau bersimpati dengan Daesh. Mereka yang ditahan terdiri daripada 333 warga Malaysia dan 162 rakyat asing.
Olegh kerana senario keselamatan menimbulkan lebih banyak cabaran pada masa kini, Muhyiddin percaya bahawa Kuala Lumpur masih mempunyai banyak perkara untuk belajar dari Amerika Syarikat dan bagaimana untuk menanganinya.
MUHYIDDIN-KESELAMATAN 3 (AKHIR) WASHINGTON DC
"Kita jangka keadaan (keselamatan) yang kita tahu sekarang ini agak lebih mencabar, maka kerjasama dengan AS terutama cara menguruskan masalah berkaitan keganasan, isu pemerdagangan orang atau migran itu boleh kita pelajari termasuk teknologi yang mereka gunakan untuk menangani masalah sebegini," kata beliau.
Muhyiddin menjelaskan bahawa lawatan ke pusat saringan pengganas membolehkan beliau melihat secara lebih dekat teknologi yang digunapakai untuk mengenal pasti pengganas atau mereka yang mempunyai kecenderungan sedemikian.
"Ini selari dengan langkah yang sedang kita ambil untuk menguruskan sistem imigresen yang terbaharu yang sedang kita siapkan sekarang ini.
Di New York, Muhyiddin dijangka bertemu dengan para pegawai Jabatan Polis New York dalam kunjungan sambil belajar untuk melihat sama ada Malaysia boleh mencontohi beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan untuk pencegahan jenayah.
"Pendek kata dalam tempoh beberapa hari saya di Amerika Syarikat ni, kita harap kita boleh memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan dan mempelajari perkara baharu serta bertukar pandangan dengan pemimpin mereka," kata beliau.
Dalam lawatan sehingga 21 Sept, Muhyiddin diiringi oleh isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan para pegawai Kementerian Dalam Negeri, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
Muhyiddin tiba Ahad di ibu negara Amerika Syarikat ini untuk lawatan kerja sehingga Rabu sebelum terbang ke New York untuk mesyuarat yang sama dengan para pegawai Amerika Syarikat di sana. - Gambar fail/BERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
China bersedia jadi rakan kongsi dan sahabat kepada AS - Xi Jinping
China sentiasa mengendalikan hubungan Beijing-Washington berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mencapai manfaat bersama, kata Presiden Xi Jinping.
Ringgit ditutup rendah, dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah.
Pilihan Raya AS: Penyokong Kamala Harris anjur perhimpunan naik 'buggy'
Penyokong calon presiden Demokrat dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berhimpun menaiki 'buggy' di sebuah komuniti persaraan di Florida pada Isnin.
AS komited cegah penularan konflik Asia Barat - Blinken
Blinken berkata situasi di Asia Barat, terutamanya konflik di Gaza, terus menjadi fokus utama Washington.
AS terus komited majukan kerjasama di rantau Indo-Pasifik - Blinken
Menurut Blinken, hubungan ekonomi yang kukuh antara Amerika Syarikat dan ASEAN juga dilihat sebagai teras kepada kerjasama berterusan ini.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Isu Palestin: AS tiada jawapan konkrit bila kekejaman boleh dihentikan
Bagaimanapun menurut Mohamad, Washington masih berharap agar peperangan dapat dihentikan dan tidak merebak ke kawasan-kawasan lain.
Harris dahului Trump 2 peratus, kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden - Tinjauan
Empat peratus responden memberitahu penyelidik bahawa mereka masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.
China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.