ISTANBUL: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merumuskan lawatan kerja selama lima hari ke Turkiye sejak Ahad lepas mencapai matlamat, bermakna, bernilai dan bermanfaat untuk industri pertahanan negara.
Beliau berkata hasil lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara selain usaha Malaysia untuk membangunkan industri pertahanan negara mendapat sokongan padu Turkiye.
"Secara umumnya, kita berpuas hati dan terima kasih kepada semua yang turut terlibat bagi menjayakan program ini. Lawatan ini bersifat mendapatkan maklumat serta menyentuh soal pembangunan industri pertahanan termasuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan" katanya pada sidang media di sini.
Khamis adalah hari terakhir lawatan rasmi Mohamed Khaled di negara Eurasia itu yang terletak di antara benua Eropah dan Asia sejak dilantik Menteri Pertahanan pada 12 Dis tahun lepas.
Dalam lawatan itu, beberapa pertemuan dilaksanakan antaranya bersama rakan sejawat dari Turkiye Yasar Guler selain bertemu agensi pelaksanaan industri, sekretariat industri pertahanan Turkiye serta syarikat-syarikat ternama pertahanan negara itu seperti Turkish Aerospace Industries (TUSAS), Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM), Aselsan dan Makine ve Kimya Endustrisi (MKI).
Mengenai kemungkinan Kementerian Pertahanan menambah bilangan pembelian aset daripada Turkiye, Mohamed Khaled berkata ia bergantung keadaan kerana Malaysia sudah pun membeli tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) dan tiga kapal misi pesisir (LMS) batch kedua dengan Turkiye.
"Saya percaya bahawa kita tak boleh nafikan kekuatan industri pertahanan Turkiye. Selagi barang (yang diterima) itu berkualiti, harganya berpatutan, terma-terma dan perbincangan atau kerjasama yang baik boleh terhasil maka Turkiye akan terus menjadi keutamaan dan perhatian oleh Malaysia," katanya.
Mohamed Khaled berkata Turkiye menghormati dan melihat Malaysia dalam kedudukan yang sama untuk menjadi sebagai negara pengeluar (industri pertahanan) dan perkara itu boleh berlaku kerana Turkiye melihat Malaysia sebagai sahabat yang rapat.
Sepanjang di Turkiye, Mohamed Khaled turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Turkiye yang diadakan buat julung kali di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye di Ankara.
Beliau juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan kerajaan (G2G) berkenaan perolehan produk-produk pertahanan serta perjanjian kolaborasi dan kerjasama melibatkan pemain industri pertahanan Malaysia dan Turkiye.
Mohamed Khaled turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian LMS batch kedua kepada syarikat pertahanan Turkiye STM pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024
Mohamed Khaled ketika ditemui pemberita selepas selesai lawatan rasmi beliau ke Turkiye selama lima hari sejak Ahad lalu di sebuah hotel di Istanbul, 12 Jun 2024. --fotoBERNAMA
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.