PUTRAJAYA: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir selama lima hari ke Jepun adalah usaha strategik bagi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di rantau Asia Timur.
Lawatan kerja itu akan bermula esok hingga 21 Feb ini.
Kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan antara program yang akan turut disertai bersama-sama delegasi Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di bawah skop pendidikan tinggi ialah sesi libat urus bersama pelajar Malaysia di Tokyo dan Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada Timbalan Perdana Menteri itu di Institut Teknologi Shibaura.
Ia termasuk lawatan kerja ke Tokyo National Institute (KOSEN) dan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Masahito Moriyama.
Menurut KPT, selain menyertai program Ahmad Zahid, Zambry dan delegasinya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tsukuba bagi membolehkan mereka mendapatkan gambaran serta perspektif lebih jelas terhadap rangkaian program akademik yang ditawarkan selain pendedahan terhadap kualiti fakulti, makmal dan sumber yang menyokong kepada bidang pengajian ditawarkan.
"Zambry juga akan turut melawat Universiti Waseda iaitu sebuah institusi penyelidikan swasta yang telah melahirkan tokoh terkemuka Jepun dalam pelbagai bidang termasuk mantan Perdana Menteri Jepun.
"Lawatan ke Universiti Waseda akan membuka potensi kerjasama strategik dan mengenal pasti bidang fokus yang boleh dilaksanakan bersama dengan universiti di Malaysia," katanya.
Delegasi KPT akan turut melawat Makmal Hasegawa di Universiti Sains Tokyo, Kampus Katshusika iaitu makmal yang memfokus kepada penyelidikan dan aktiviti akademik antaranya dalam bidang sains, kejuruteraan serta teknologi kecerdasan buatan (AI) dan akan diberi pendedahan terhadap pengoptimuman sistem komunikasi tanpa wayar menggunakan AI.
"Hasil lawatan ini diharapkan dapat melebarkan pengiktirafan terhadap keupayaan dan kualiti sektor pendidikan tinggi Malaysia, merancakkan pembinaan kapasiti, pemindahan ilmu dan penyelidikan ke arah memacu inisiatif pengantarabangsaan sektor pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
![Lawatan kerja Ahmad Zahid, Zambry ke Jepun perluas kerjasama pendidikan tinggi Lawatan kerja Ahmad Zahid, Zambry ke Jepun perluas kerjasama pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708094471_ZahidHamidiZambry.jpg)
Menurut KPT, selain menyertai program Ahmad Zahid, Zambry dan delegasinya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tsukuba. - Gambar fail/Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737371819_FadhlinaSidek.jpg)
KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
![PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737297207_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).
![PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734260574_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
![PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737112956_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.
![PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
![Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737154513_TBAnwarIbrahim.jpg)
Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.
![PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737110755_TBLSE.jpg)
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
![PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736915060_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
![PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736897344_londonanwaribrahi.jpg)
PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
![Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736833151_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.