KUALA LUMPUR: Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir dari 26 hingga 29 Sept lepas merupakan program yang melibatkan agensi kerajaan bersama anggota komuniti bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sekiranya berhadapan dengan bencana berada pada tahap optimum.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini berkata orang awam dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media sosial berkaitan dengan latih amal itu, seperti yang tular baru-baru ini.
"Nadma selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana negara sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menganjurkan pelbagai program latih amal bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan terhadap bencana.
"Semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap semua risiko bencana bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi. Masyarakat perlu peka dan mengetahui pelan tindakan komuniti jika berlakunya bencana," menurut kenyataan itu.
Nadma memaklumkan latih amal yang sama pernah diadakan bagi Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands dan beberapa empangan lain.
"Lain-lain latih amal yang pernah dianjur bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dan masyarakat adalah Latih Amal Tsunami di Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Latih amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana," katanya.
Menurutnya latih amal turut dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat, menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Nadma menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media sosial berkaitan dengan latih amal itu. - Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Sistem hebahan amaran awal banjir menerusi SMS diwujudkan - NADMA
Sistem hebahan diwujudkan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan syarikat telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis dan UMobile.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
Taufan Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana ke Filipina
Malaysia menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kepada Filipina susulan taufan Tropika Trami yang menjejaskan puluhan ribu penduduk negara itu.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS.
Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor catat penurunan, Kedah kekal
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam tadi berbanding 713 orang petang semalam.
Hampir 4,000 mangsa banjir masih ditempatkan di 27 PPS
Sebanyak 3,848 mangsa banjir masih berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir berkurangan petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 3,411 mangsa petang ini berbanding 3,880, pagi tadi.
Seramai 3,880 mangsa banjir masih berada di 28 PPS setakat pagi ini
Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Bernam melebihi tahap bahaya manakala di Sungai Langat di Kuala Langat melebihi tahap waspada.