PUTRAJAYA: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mendahului senarai 263 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.
Hasni, 63, dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Pangkat Pertama itu pada istiadat pengurniaan tersebut.
Kementerian Wilayah Persekutuan dalam kenyataan berkata penganugerahan tersebut merupakan suatu pengiktirafan kepada sumbangan besar Johor terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan dan peranan penting yang dimainkan oleh Hasni selaku Menteri Besar Johor ke-18 sejak dilantik pada 28 Februari 2020.
Beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang merancakkan pemulihan ekonomi negara dan memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia menerusi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hasni juga telah menerajui anjakan strategi dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Johor dengan mengadakan pelbagai program pembangunan sosial termasuk program bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Beliau turut menjalankan pelbagai langkah proaktif bagi mengekalkan iklim pelaburan di Johor agar sentiasa mesra perniagaan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai lokasi terpilih pengeluar produk global utama walaupun negara berhadapan landskap pelaburan yang mencabar serta persaingan sengit daripada hab pelaburan serantau dan antarabangsa.
Sementara itu, seramai 15 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Mereka ialah Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Asri Hamidon; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi JPM Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.
Penerima SMW lain ialah Peguam Cara Negara Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa; Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Datuk Mohd Salim Mohd Sharif; Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim dan Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia Left Jen Datuk Mohammad Ab Rahman.
Turut dikurniakan SMW ialah Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia Datuk Mohd Nazri Md Shariff; Pengerusi ICT Zone Asia Berhad Datuk Ng Thien Phing dan Presiden SCity Development Sdn Bhd Datuk Stephen Sim Choo Thiam.
Penerima SMW lain ialah Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia Datuk Windsor Paul John, Pengerusi Eksekutif Yayasan Warisan Batu Datuk Yahaya Mat Ghani serta bekas Ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mendiang Tan Sri Datuk JJ Raj.
Turut dianugerahkan SMW ialah Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia Datuk Windsor Paul John, Pengerusi Eksekutif Yayasan Warisan Batu Datuk Yahaya Mat Ghani serta bekas Ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mendiang Tan Sri Datuk JJ Raj.
Seramai 59 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Turut menerima PMW ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Kapten Chester Voo Chee Soon; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Dr Kalaiarasu M.Peariasamy.
Penerima lain PMW ialah atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly; bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee dan penyanyi tersohor tanah air Abdul Hail Amir.
Abdul Latif memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo.
Seramai 48 individu pula dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW) antaranya Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Adam dan atlet sukan paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.
Seramai 53 individu dianugerahkan Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) manakala 34 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 53 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Antara penerima KMW ialah atlet badminton regu lelaki negara Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta Pewarta Biro Labuan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jailani Hassan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan Fadzilah Mahmud dan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Joseph Kajangan antara yang dianugerahkan KMW bagi menghargai jasa kerana telah berbakti dalam memerangi pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Latif (kiri) dan Leong Mun Yee masing-masing dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk hari ini. - Facebook Majlis Sukan Negara

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Latif Romly, Leong Mun Yee dianugerah gelaran Datuk, antara penerima pingat Hari Wilayah Persekutuan 2022
Kedua-duanya merupakan antara 59 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.