KOTA KINABALU: Seramai 69 penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya yang telah melarikan diri bagi mengelak berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digesa untuk kembali dalam kadar segera.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata langkah ini penting bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain.
"Balai Polis Pulau Gaya pada ketika ini juga sedang mempergiat usaha mengesan semua 69 suspek yang dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk dari Kampung Pondo, Pulau Gaya yang mengelak daripada dikenakan PKPD digesa supaya menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis terdekat," katanya.
Tambah beliau, sekiranya mereka gagal untuk kembali atau jika ditangkap pihak berkuasa, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan akan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.
Sebelum ini, Kampung Pondo telah diletakkan di bawah PKPD bermula 30 Jun lalu sehingga 13 Julai ini.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata sebanyak 225 kes baharu direkodkan hari ini.
Satu kluster baru turut dikesan melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja, iaitu Kluster Agora Borneo.
"Kes indeks adalah pembantu jualan wanita, 24 tahun, dari Kg Lokub, Kota Kinabalu disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun, selepas bergejala sejak 20 Julai.
Jelas Masidi, wanita itu telah pun dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Katanya, setakat ini, daripada 133 sampel yang diambil dalam kalangan kontak rapat, sebanyak 26 sampel telah dikesan positif, 57 adalah negatif manakala 50 lagi sampel sedang menunggu keputusan ujian saringan.
Siasatan awal mendapati penularan dipercayai telah merebak di tempat kerja hingga ke generasi kedua iaitu ahli keluarga.
Tambah Masidi, pengesanan kontak secara aktif sedang giat dijalankan oleh pasukan kesihatan.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jul 06 2021

Seramai 69 penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya yang telah melarikan diri bagi mengelak PKPD digesa untuk kembali dalam kadar segera. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lari elak PKPD, 69 penduduk Pulau Gaya diburu
Seramai 69 penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya yang telah melarikan diri bagi mengelak berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digesa untuk kembali dalam kadar segera.

Buaya tersesat di Pulau Gaya berjaya ditangkap
Seekor buaya sepanjang empat meter dipercayai tersesat berhampiran perairan Pulau Gaya berjaya ditangkap penduduk kampung.

Lelaki warga asing serang polis guna pisau mati ditembak
Polis menembak mati seorang lelaki warga Filipina selepas suspek menyerang anggota polis ketika cuba ditenangkan selepas dia menikam isterinya.