IPOH: Notis larangan menjalankan operasi perniagaan premis makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan, yang dikeluarkan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), hanya melibatkan peniaga beragama Islam.
Yang Dipertua MDPT Mohd Syukri Azaari berkata pihaknya telah mengeluarkan notis pembatalan surat seperti yang tular itu, berkuat kuasa Khamis lepas, kerana timbul salah faham dalam kalangan warga net dan masyarat umum berkenaan notis berkenaan.
"Surat seumpama ini dikeluarkan setiap tahun oleh pihak MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan yang ditujukan kepada pengusaha premis makanan beragama Islam dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak MDPT memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang dialami oleh mana-mana pihak berhubung surat berkenaan.
Bagaimanapun, katanya kesemua pengusaha premis makanan dan pelanggan dinasihatkan untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan ketika menjalani ibadah puasa dalam bulan yang mulia ini.
Beberapa hari lepas, tular notis larangan tersebut yang turut menyatakan kegagalan mematuhi arahan itu adalah menjadi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Perak Tengah) 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Surat notis larangan itu dikeluarkan setiap tahun oleh MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan yang ditujukan kepada pengusaha premis makanan beragama Islam. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

JKM dapatkan perintah jaga empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Isk

Larangan perniagaan makanan sebelum 3 petang hanya libatkan peniaga Islam
Surat itu dikeluarkan setiap tahun oleh MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan yang ditujukan kepada pengusaha premis makanan beragama Islam.

Bazar Ramadan Bukit Nyamuk di Kedah diarah tutup
Bazar Ramadan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang menjadi bazar pertama di negeri Kedah yang diarahkan untuk menutup operasinya berkuatkuasa 22 April (esok).

UNDIAN: Wajarkah panggung wayang ditutup?
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu operasi panggung wayang dikaji semula. Nyatakan pendapat anda tentang isu ini.

Notis larangan untuk kekang gejala sosial di pawagam - Ahli Majlis MDPT
Jawatankuasa Pemantau akan menjalankan pemeriksaan rambang bagi mencegah sebarang perlakuan tidak senonoh di dalam pawagam.