KUALA LUMPUR: Larangan pengimportan minyak sawit sebagai sumber biobahan api oleh Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2030 dilihat berat sebelah dan akan mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata larangan itu juga bertentangan dengan amalan perdagangan bebas kerana melanggar prinsip-prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) iaitu Halangan Teknikal kepada Perdagangan (TBT) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan 1994 (GATT).
"Larangan ini (turut) dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kebolehpercayaan saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap amalan kemampanan yang dipraktikkan dalam industri biobahan api negara," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang ingin mengetahui sama ada keputusan WTO terhadap rayuan Malaysia berkenaan diskriminasi EU terhadap minyak sawit masih membenarkan EU untuk melaksanakan Akta Delegasi yang mengharamkan minyak sawit sebagai biobahan api menjelang 2030.
Johari berkata keputusan yang telah dibuat oleh WTO menunjukkan tiada pihak yang menang.
"Ada 20 isu yang berkaitan dengan perkara ini...10 dimenangi oleh EU manakala 10 lagi dimenangi oleh Malaysia," katanya.
Beliau menjelaskan Indonesia dan Malaysia telah memfailkan aduan kepada WTO ke atas tindakan EU dan Indonesia telah memfailkan aduan pada 9 Dis 2019 manakala Malaysia memfailkan aduan pada 15 Jan 2021 (kira-kira 13 bulan selepas Indonesia).
"Pada pendapat saya, Malaysia tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian. Hal ini kerana Akta Delegasi di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui II (RED II) menyasarkan biobahan api yang berasaskan minyak sawit dan tidak menyentuh isu-isu kemampanan berkaitan minyak sawit secara umum," katanya.
Berdasarkan Akta Delegasi di bawah RED EU II, minyak sawit telah dikategorikan sebagai mempunyai kadar perubahan guna tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi.
Pengimportan minyak sawit sebagai sumber biobahan api oleh EU akan dilarang sepenuhnya menjelang 2030 sekiranya masih dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi.
Johari berkata Indonesia adalah antara pengeluar biobahan api utama di dunia -- PME (Palm Methyl Esters) merupakan input adunan biobahan api utama di Indonesia dan Malaysia.
"Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh OilWorld, pada 2023, dianggarkan 25.2 peratus (12.2 juta tan) daripada pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) Indonesia (48.4 juta tan) diproses untuk menghasilkan PME.
Katanya pada tempoh yang sama, hanya 7.7 peratus (1.4 juta tan) daripada pengeluaran MSM Malaysia diproses untuk menghasilkan PME.
"Sebab itu, apabila keputusan diumumkan, Indonesia telah mengambil pendirian bahawa apabila Malaysia turut memfailkan isu ini kepada WTO, Indonesia membuat keputusan untuk menarik balik (tindakan memfailkan kes)," katanya.
Beliau berkata banyak masyarakat di luar sana kurang memahami isu tersebut dan ia menampakkan seolah-olah kelapa sawit Malaysia lebih teruk daripada Indonesia walhal sebenarnya Indonesia yang menarik balik kes mereka.
"Sebab itu saya berpendapat pada waktu kita memfailkan (kes ini) dulu, kita sepatutnya membenarkan Indonesia meneruskan aduannya dan kita memberi sokongan sahaja kerana Indonesia adalah pemain besar dalam biodiesel ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah lebih baik berbanding Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) berikutan MSPO meliputi spektrum luas untuk semua ladang sawit termasuk pekebun kecil.
"Bukan sahaja ladang besar tetapi juga meliputi pekebun kecil. Justeru, apa yang saya nak tekankan ialah libat urus yang perlu dibuat.
"Saya percaya jika kita mengadakan libat urus, semua produk sawit kita apabila mereka (EU) menerima MSPO ini, ia menjadi sebahagian daripada prasyarat untuk sesiapa yang ingin mengeksport.
"Pada masa ini, mereka yang boleh mengeksport adalah mereka yang mempunyai RSPO, terutamanya ladang besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Larangan pengimportan minyak sawit sebagai biobahan api oleh EU dilihat berat sebelah
Larangan pengimportan minyak sawit sebagai sumber biobahan api oleh Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2030 dilihat berat sebelah dan akan mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya.