JOHOR BAHRU: Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
Beliau berkata ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk meredakan gejala ekstremis politik yang semakin meluas di negara ini sehingga berpotensi menimbulkan persepsi ketidakstabilan kerajaan sekali gus mengurangkan kepercayaan pelabur.
"Arahan larangan yang dikenakan kepada ahli politik khususnya di kawasan masjid itu adalah satu usaha yang saya lihat dapat bantu redakan (suhu politik) dan KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) juga akan mainkan peranan untuk tingkatkan kesedaran peri pentingnya hormat undang-undang ini.
Sebab kita ke masjid untuk beribadat bukan berpolitik, jadi politik tu biarlah di luar dan jangan salah gunakan mana-mana pentas dan ruang yang tidak sepatutnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam bersama pengurusan dan agensi-agensi di bawah KKD di RTM Johor di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
Media sebelum ini melaporkan negeri Terengganu dan Perak mengumumkan larangan kepada mana-mana individu yang mempunyai keterlibatan di dalam politik untuk menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau bagi menjaga kemuliaan institusi keagamaan daripada sebarang unsur politik.
Fahmi berkata usaha meredakan suhu politik negara bersekali dengan membendung gejala ekstremis politik itu penting dalam memastikan kestabilan politik dan Kerajaan Persekutuan tidak diganggu.
"Kestabilan politik dan kerajaan persekutuan itu penting dalam menarik keyakinan pelabur luar, contohnya pelaburan oleh AWS (Amazon Web Services) itu ternoktah kerana keyakinan mereka kepada kestabilan negara kita.
"Kalau nak dikatakan kenapa tak tandatangan sebelum ini, kerana ketika itu (kerajaan terdahulu) tak stabil tapi Alhamdulillah kestabillan itulah yang didambakan bukan hanya pelabur tapi rakyat... jadi sama-sama kita bangunkan negeri dan negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap ketika Sesi Town Hall bersama Warga Kementrian Komunikasi Dan Digital Negeri Johor di Auditorium Permata Sari, Radio Televisyen Malaysia Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Larangan ahli politik ceramah di masjid, surau bantu redakan suhu politik - Fahmi
Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.