PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung ketirisan dan pembaziran dana awam dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 jika terdapat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasa itu.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya setakat ini masih lagi meneliti berhubung beberapa perkara dalam kes-kes tertentu melalui laporan berkenaan.
"Kita telah meneliti beberapa isu, cuma saya tak mahu sebut kes mana. Namun demikian, sekiranya bahagian siasatan kami mendapati ada isu perlu kita buka kertas siasatan, kita akan buka. Saya akan maklumkan kemudian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.
Ujarnya lagi, laporan Ketua Audit Negara itu memang menjadi perhatian umum setiap kali diumumkan dan SPRM perlu melakukan siasatan berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan suruhanjaya itu.
"Perlu diingatkan bahawa tugas kita ialah melihat kepada soal jenayah sesuatu perkara itu. Walaupun laporan itu menyebut kepada isu-isu ketidakpatuhan, tetapi kita melihat kepada isu jenayah, sekiranya berlaku dan di bawah bidang kuasa kita, kita akan jalankan siasatan," tambahnya.
Sebelum ini, LKAN 2021 Siri 2 mendedahkan kelemahan dalam sistem kerajaan yang mengakibatkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat, yang membabitkan tiga kementerian dan empat agensi.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 23 2023
Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya setakat ini masih lagi meneliti berhubung beberapa perkara dalam kes-kes tertentu melalui laporan Ketua Audit Negara. - Foto BERNAMA
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
SPRM tidak terlibat siasatan GISB - Azam Baki
SPRM menegaskan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
"Counter setting": Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.
Pegawai imigresen kaunter KLIA dicadangkan tidak guna telefon bimbit - Azam Baki
Ia bagi memastikan sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui 'laluan kaunter khas' tidak berulang.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.