KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).


Ringkasan AI
  • Serbuan SPRM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam premis yang dikaitkan dengan skandal rasuah melibatkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).
  • Premis diserbu: Premis yang diserbu termasuk sebuah unit kediaman dan lima pejabat di Lembah Klang.
  • Tangkapan: Seorang ahli perniagaan ditahan semula, menjadikan jumlah tangkapan empat individu (tiga lelaki dan seorang wanita).


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

“Saya mengesahkan enam premis telah diserbu hari ini.

"Saya masih belum diberi penjelasan, biar mereka selesaikan proses dokumentasi terlebih dahulu," katanya.

Difahamkan, enam premis yang diserbu terdiri daripada sebuah unit kediaman dan lima pejabat di Lembah Klang.

Awal hari ini, dilaporkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal rasuah membabitkan MBI telah ditahan semula.

Setakat ini, empat individu telah ditahan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.