KUALA LUMPUR: Lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang dan Sabah turut mengalami masalah jadual penerbangan hari ini, susulan gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan operasi lapangan terbang di seluruh dunia.
Keadaan itu juga mengakibatkan keadaan di kebanyakan kaunter pendaftaran masuk di lapangan terbang antarabangsa negeri berkenaan turut sesak dengan orang ramai yang beratur bagi urusan pendaftaran secara manual.
Di PULAU PINANG, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata setakat 5.30 petang, sekurang-kurangnya 11 penerbangan telah mengalami kelewatan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
"Ia melibatkan penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, Sarawak; Langkawi, Kedah; Kuala Lumpur; Singapura dan Jakarta, Indonesia," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari pula berkata walaupun berlaku sedikit kelewatan penerbangan melibatkan syarikat penerbangan antaranya AirAsia di LTAPP, namun keadaan adalah terkawal.
Di SABAH, tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Tawau mendapati kawasan daftar masuk pelepasan syarikat penerbangan AirAsia sesak dengan penumpang yang beratur untuk mendaftar secara manual.
Ketika ditemui, pembeli tiket bagi syarikat penerbangan itu, Adalia Amelia Rahmat, 26, berkata penerbangannya dari KKIA ke Kuala Lumpur sepatutnya dijadual berlepas pada 8.05 malam ini, namun ia ditunda disebabkan gangguan perkhidmatan IT global itu.
"Saya datang awal pukul 5 petang tadi kerana biasanya daftar masuk perlu awal tiga jam tetapi sampai sekarang belum dapat daftar. Apapun saya dan penumpang lain bersabar kerana ini masalah global," katanya.
Terdahulu, AirAsia memaklumkan penumpang penerbangan itu akan mengalami kelewatan daftar masuk dan barisan menunggu lebih panjang akibat situasi gangguan IT global terbabit, termasuk beberapa penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu antaranya ke ibu negara, Tawau dan Incheon, Korea Selatan.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pelancongan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata perkhidmatan penerbangan mahupun feri beroperasi seperti biasa, malah tiada sebarang aduan diterima setakat ini, namun keadaan akan terus dipantau oleh pihak berkaitan.
Di PERLIS, Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd Baharin Baharom berkata tiada sebarang gangguan pembelian tiket feri secara dalam talian melalui aplikasi "Cuti Cuti Langkawi" dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis, malah ia beroperasi seperti biasa mengikut jadual perjalanan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam negeri Izizam Ibrahim pula berkata pihaknya tidak menerima aduan mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Padang Besar tergendala disebabkan masalah sistem siber akibat gangguan perkhidmatan IT global itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Sekurang-kurangnya 11 penerbangan telah mengalami kelewatan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). - Gambar fail/malaysiaairports.com.my

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemas kini konfigurasi jejas Falcon Sensor, Windows OS - CrowdStrike
Kecacatan dalam kemas kini kandungan telah dipulihkan lewat Jumaat, menurut syarikat itu dalam tinjauan awal selepas kejadian.

Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.

Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes
Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat masih menunggu penjelasan Microsoft mengenai insiden itu.

Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.

Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya .

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Lapangan terbang di Pulau Pinang dan Sabah turut alami gangguan IT
Lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang dan Sabah turut mengalami masalah jadual penerbangan hari ini.