KUALA LUMPUR: AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global sejak lewat petang semalam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Syarikat Penerbangan) AirAsia Datuk Kapten Chester Voo berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan terus memantau keadaan.
Beliau menasihatkan penumpang tiba awal di lapangan terbang bagi mengelakkan kemungkinan kelewatan dan beratur panjang.
"Apa pun cabaran, kami sangat berdaya tahan kerana ia penting kepada kami bagi mengutamakan orang ramai, memandangkan mereka telah membayar untuk terbang, walaupun gangguan ini bersifat global dan bukan disebabkan oleh kami," katanya kepada Bernama.
Sejak gangguan itu bermula, AirAsia telah berjaya menguruskan lebih 168,000 penumpang dalam 941 penerbangan merentasi tujuh Sijil Pengendali Udaranya ( AOC) termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Filipina, AirAsia Indonesia, AirAsia Thailand, AirAsia Kemboja dan AirAsia X, katanya.
Beliau berkata ini merupakan kali pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat penerbangan tersebut mengalami gangguan sistem pada magnitud sedemikian, yang memerlukan pertukaran mod kepada kertas.
"Dengan semua kepakaran yang kami ada dan data sandaran, kami bekerja tanpa jemu untuk mencari penumpang sewajarnya. Dalam mod manual, setiap proses perlu disahkan kerana segala-galanya dikawal selia dalam industri penerbangan.
"Kami perlu melalui proses keselamatan, kawal selia serta pematuhan secara manual, yang bermaksud orang ramai terpaksa beratur panjang untuk disahkan satu demi satu dan ini sangat merimaskan," jelasnya.
Syarikat penerbangan itu telah mengukuhkan operasinya bagi menguruskan kesibukan hujung minggu di lapangan terbang dengan menempatkan lebih 200 kakitangan darat, hampir 100 sukarelawan Allstars dan anggota keselamatan untuk membantu menangani keadaan.
Voo juga menyatakan harapan agar prestasi tepat masa (OTP) akan kembali normal dengan penyambungan semula sistem daftar masuk dalam talian.
"Kami mempunyai kira-kira 88 peratus OTP, tetapi dengan kekacauan global ini, ia beransur-ansur menurun. Kami berharap dapat kembali normal tidak lama lagi," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran dan kepercayaan mereka terhadap AirAsia semasa gangguan global ini sehingga menyebabkan pengurusan terpaksa dilakukan dalam mod manual penuh.
"Kami juga ingin mengalungkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd termasuk semua kementerian serta agensi berkaitan atas sokongan dan bantuan mereka semasa krisis," tambahnya.
Semalam, institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas oleh gangguan IT global.
Kegagalan itu dikaitkan dengan kesilapan firma keselamatan siber global CrowdStrike Holdings Inc, sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas, yang menyediakan perlindungan titik akhir, perisikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Semalam, institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas oleh gangguan IT global. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemas kini konfigurasi jejas Falcon Sensor, Windows OS - CrowdStrike
Kecacatan dalam kemas kini kandungan telah dipulihkan lewat Jumaat, menurut syarikat itu dalam tinjauan awal selepas kejadian.

Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.

Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes
Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat masih menunggu penjelasan Microsoft mengenai insiden itu.

Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.

Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya .

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Lapangan terbang di Pulau Pinang dan Sabah turut alami gangguan IT
Lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang dan Sabah turut mengalami masalah jadual penerbangan hari ini.