KOTA BHARU: Lapan remaja lelaki didakwa di dua mahkamah berasingan masing masing di Mahkamah Majistret Bachok dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, dengan 15 pertuduhan merogol seorang remaja perempuan baru-baru ini dalam kejadian di Tawang, Bachok.
Tertuduh enam remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku bersalah manakala dua lagi berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Fauzan Mohd Suhairi dan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah merogol dan melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat, Bachok antara jam 12.30 tengah malam sehingga 2.30 pagi sejak Ogos hingga September lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.
Setiap tertuduh didakwa dua hingga tiga pertuduhan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, bagi dua lagi tertuduh berusia 18 tahun yang di hadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pula mengaku tidak bersalah merogol mangsa, tarikh dan lokasi yang sama di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli
Hakim membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi seorang penjamin manakala seorang lagi tertuduh tidak ditawarkan jaminan.
Mahkamah kemudiaanya menetapkan 23 November tarikh sebutan semula kes kepada kedua-dua tertuduh itu.
Wanna Abd Rahim
Tue Oct 25 2022

Lapan remaja lelaki didakwa atas 15 pertuduhan merogol seorang remaja perempuan baru-baru ini dalam kejadian di Tawang, Bachok, Kelantan. - Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lapan remaja didakwa rogol seorang remaja perempuan
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di kedai makan sejak Ogos hingga September lepas.