BANGI: Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) bagi sesi 2019-2021 hingga 2023, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata pembabitan belia dalam sidang Parlimen kali ini dilihat mampu mencorak pemimpin muda yang berkualiti dan mampu digilap untuk menjadi pemimpin pelapis.
"Sesi perbahasan dilakukan dengan baik dan empat usul yang dibentangkan dibawa kepada kementerian berkenaan dan pihak mereka telah menghantar pegawai untuk mencatat segala perkara.
"Oleh itu hari ini, saya telah membacakan jawapan penggulungan yang telah diberikan oleh kementerian yang berkaitan," katanya selepas ucapan penggulungan pada persidangan PBM di sini, hari ini.
Jelas Ahmad Faizal lagi, sekiranya selepas ini masih terdapat beberapa cadangan dan persoalan pihak kementerian berkenaan akan melihat semula perkara tersebut.
Antara usul yang dibahaskan adalah meminda had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam, inisiatif khas bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor penternakan dan pertanian bagi menyokong Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021 hingga 2025.
Selain itu, meminda akta perlindungan bagi kanak-kanak, orang-orang tua dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta meminta untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal menegur beberapa sikap kurang baik ditonjolkan oleh ahli PBM sewaktu persidangan berlangsung.
"Saya amat berpuas hati namun saya menegur ahli PBM yang tidak begitu serius dalam menghadiri sidang Parlimen ini iaitu jumlah ahli adalah 153 dan 68 daripada mereka tidak hadir pada hari ini, selain menjaga disiplin di dalam dewan," katanya.
Katanya mereka menerima teguran ini dengan baik dan ini menunjukkan kematangan sikap yang sewajar dimiliki oleh belia pada masa kini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika bersama para Perwakilan selepas Persidangan Parlimen Belia Malaysia 2022 hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.