KUCHING: Indonesia sedang mengadakan perbincangan dan perolehan maklumat untuk memperluaskan jalur perhubungan antara Kalimantan, Indonesia dan Sarawak, Malaysia melalui sistem pengangkutan darat dan udara yang lebih strategik.
Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata pihaknya sedang melihat kebarangkalian untuk mewujudkan laluan secara langsung pengangkutan bas komersial tanpa perlu melakukan transit di pintu sempadan untuk terus ke terminal bas berpusat di bandaraya Kuching atau Kota Pontianak.
Jelasnya selepas pembukaan semula sempadan antara Sarawak dan Kalimantan sejak April lalu, aktiviti merentas sempadan di kalangan warganegara Indonesia-Malaysia dari kedua-dua arah semakin meningkat di semua Pos Lintas Batas (LPB) yang beroperasi.
Laporan terkini daripada tiga kawasan LPB yang beroperasi iaitu di Tebedu-Entikong, Biawak-Aruk dan Lubok Antu-Badau telah mengesan pergerakan seramai 400 individu merentasi sempadan tersebut dalam tempoh 24 jam.
“Sekarang ini perkhidmatan bas daripada Indonesia (Kota Pontianak) ke Sarawak (Kuching) hanya beroperasi sehingga ke batas sempadan sahaja, padahal sebelum pandemik melanda, mereka dibenarkan terus ke Miri bahkan sehingga ke negara Brunei Darussalam, maka ini kita usahakan dan semoga dapat dilakukan seawal-awalnya September depan daripada Pontianak terus ke Kuching tanpa transit,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Upacara Memperingati Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia di Konsul Jeneral Indonesia di Kuching pada Rabu.
Sementara itu, permintaan yang memberangsangkan untuk industri pelancongan kesihatan daripada warganegara Indonesia khasnya Kalimantan Barat (KalBar) ke Kuching turut mendesak satu sistem penerbangan langsung daripada Kota Pontianak ke ibu kota Sarawak itu diwujudkan segera.
“Sejak pandemik melanda jalur perhubungan antara Kuching dan Kalbar khasnya Pontianak untuk tujuan perubatan sangat jelas meningkat dan perjalanan darat memberi cabaran tertentu untuk tujuan ini yang boleh mengambil masa yang agak lama.
“Maka kita (Kerajaan Indonesia) berusaha untuk mewujudkan jaringan udara secara langsung daripada Kuching ke Pontianak dengan kerjasama beberapa syarikat penerbangan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk menunaikan cadangan ini selewat-lewatnya penghujung tahun ini,” terangnya lanjut.
Tambah Raden, jika rancangan itu berjaya, industri penerbangan Indonesia dan Malaysia mungkin akan menyaksikan penambahan jalur penerbangan langsung daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Jakarta, Bali, Banjarmasin, dan Balikpapan di wilayah Kalimantan.
“Kuching adalah salah satu hab pusat untuk ke Indonesia, jika kolaborasi dalam jaringan pengangkutan ini diperluaskan dengan kerjasama Ibu Kota Indonesia, Nusantara, maka Sarawak dan Kalimantan akan terus dihubungkan dengan Pontianak (Kalimantan Barat), Banjarmasin (Kalimantan Selatan), Balikpapan atau Samarinda (Kalimantan Timur) yang hanya dua jam jalan darat ke Ibu Kota Nusantara,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Aug 17 2022

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono menjelaskan sejak pandemik melanda, jalur perhubungan antara Kuching dan Kalbar khasnya Pontianak untuk tujuan perubatan meningkat dengan amat ketara. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.

Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.

RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.

Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.

PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan
Sebuah pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian pelajar wanita yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.

Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.

Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."