KUCHING: Sebuah pasukan siasatan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci, kes kematian pelajar wanita berusia 22 tahun yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 16 Okt lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
Beliau berkata menerusi penubuhan pasukan khas itu juga, pihaknya memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan kes terbabit.
"Pasukan Petugas ini untuk menyemak kembali siasatan, meneruskan siasatan dan percepatkan siasatan itu, seterusnya kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya.
"Saya menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sepanjang siasatan ini dan kita berjanji untuk cepatkan siasatan, kerana ia telah pun diberi komen dan mendapat keprihatinan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Chong pada 25 Okt lepas di Dewan Rakyat, yang memohon pasukan penyiasat PDRM dihantar ke Kuching bagi mencari kebenaran di sebalik kematian wanita itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Menurut Chong, keluarga mangsa memaklumkan ujian air kencing ke atas mangsa mengesan tiga jenis dadah.
Pada 18 Okt lepas, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang merupakan penuntut di sebuah pusat pengajian swasta di ibu kota, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan dan disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Mohd Azman berkata menerusi penubuhan pasukan khas itu juga, pihaknya memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan kes terbabit.- Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Ambil tahu isyarat amaran banjir, bunyi berbeza dengan polis, bomba - Dr Ching Thoo
Orang ramai perlu cakna dan ambil tahu bunyi siren amaran banjir sebagai langkah kesiapsagaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kes buruh paksa: Pengurusan tertinggi GISB antara 24 individu direman sekali lagi
Seramai 24 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes buruh paksa.
Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.
GISB: N.Sembilan ambil tindakan selepas dapat keputusan pihak berwajib
Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di negeri ini selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Aktiviti perniagaan GISB di seluruh negara lumpuh
Aktiviti perniagaan melibatkan GISB di dalam negara dipercayai telah lumpuh susulan serbuan besar-besaran oleh PDRM menerusi Op Global Fasa 1 hingga Fasa 4 bermula awal bulan ini.
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.